Header Ads

Loading...

Simpan Duit Dalam Tabung Tanpa Matlamat Adalah Sangat Merugikan

Loading...
Pernah tak anda lihat ramai orang post gambar mereka simpan duit dalam tabung mengikut warna duit.

Ada yang panggil tabung hijau (untuk duit kertas RM5) atau tabung merah (untuk duit kertas RM10).

Apabila semakin ramai yang membuat tabung seperti itu, menunjukkan bawah mereka sudah mempunyai tabiat yang bagus iaitu menabung.

Namun, jika menabung tanpa matlamat yang jelas menyebabkan tabiat menabung itu tidak kekal lama.

Kenapa perlu ada matlamat ketika menabung? Menerusi Duitkertas.com, kami kongsikan sebabnya kepada anda.

Penjelasan Kenapa Anda Perlu Ada Matlamat Semasa Menabung

1. Tahu tujuan sebenar

Jika anda tahu apakah matlamat atau tujuan sebenar anda menabung, anda lebih mudah untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai contoh, jika anda mahu menabung untuk membeli smartphone, anda perlu tetapkan dahulu berapa harga smartphone tersebut dan berapa anda perlu capai.

Jika harga smartphone tersebut adalah RM500, ini bermakna anda perlukan 5 bulan jika anda menyimpan RM100 setiap bulan.

2. Terus fokus

Salah satu masalah utama orang yang menyimpan adalah di ganggu oleh anasir-anasir luar yang memaksa anda menggunakan wang dari simpanan anda untuk perkara lain.

Anda sudah menyimpan selama beberapa bulan, kemudian anda terlihat satu iklan smartphone yang tak pernah anda rancang untuk beli. Tanpa matlamat yang jelas, anda akan gunakan wang tersebut untuk beli smartphone baru walaupun anda sudah mempunyai smartphone.

Matlamat yang jelas memastikan anda dapat menghalang gangguan luar seperti promosi, diskaun dan jualan murah.

3. Disiplin yang tinggi

Bukan jumlah simpanan yang menjadi ukuran, tetapi simpanan yang tetap setiap bulan adalah lebih penting.

Jika anda mempunyai matlamat yang jelas, anda sebenarnya sudah mempunyai jadual simpanan anda sendiri.

Anda tahu berapa jumlah yang perlu simpan setiap bulan, anda tahu berapa lama tempoh simpanan anda dan juga anda tahu untuk apa anda menyimpan.

Apabila anda sudah mempunyai jadual simpanan sendiri, anda tidak perlu risau tentang perbelajaan harian anda kerana dengan simpanan tersebut, anda sudah berjaya membuat diri anda disiplin setiap bulan.

Nota:
PS : Jika anda mahu beli rumah, seeloknya simpan semua duit anda di akaun bank untuk menunjukkan yang anda sebenarnya mempunyai simpanan. Ini bagi memudahkan pinjaman perumahan anda diluluskan.

Jika anda hanya simpan di tabung sahaja, pihak bank tidak nampak simpanan anda.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.