Header Ads

Loading...

Penampilan Yahudi Yang ‘Lebih Islam’

Loading...
Gambar-gambar yang dipaparkan di sini mungkin pelik bagi sesetengah dari kita. Jangan terkeliru, mereka bukanlan penganut islam sebaliknya mereka adalah Yahudi orthodok atau disebut juga sebagai yahudi neturei karta.

Terkejut Melihat Yahudi Yang ‘Lebih Islam’

Populasi mereka banyak terdapat di New York selain terdapat juga di England, Baghdad dan Jurusalem serta beberapa tempat lain. Di Jurusalem, mereka terasing dari Yahudi zionis. Para rabi Yahudi orthodok seluruh dunia telah mengeluarkan fatwa bahawa Yahudi zionis telah murtad dan halal dibunuh. Mereka juga menentang penjajahan zionis ke atas bumi Palestin.

Penampilan Yahudi Yang ‘Lebih Islam’

Cuba kita lihat cara pakaian mereka. Wanita Yahudi orthodok mirip kepada wanita muslim. Mereka diwajibkan menutup aurat sama seperti ajaran islam. Bagi kaum lelaki pula, cara paling mudah mengenali mereka ialah melalui topi “cow boy” dan side burn yg tersimpan panjang serta rapi. Lelaki mereka juga selalunya mengenakan sut hitam dgn baju berlengan panjang.

Penampilan Yahudi Yang ‘Lebih Islam’

Penampilan Yahudi Yang ‘Lebih Islam’

Apa yang lebih menarik tentang mereka ialah amalan hidup dan pemakanan mereka yg lebih hampir kepada sunnah. Mereka memakan haiwan yg disembelih, tidak merokok atau minum arak, tidak berjudi dan sebagainya. Susu segar adalah minuman kegemaran mereka selain buah tin dan kurma. Disamping itu, pergaulan bebas adalah haram bagi mereka.

Penampilan Yahudi Yang ‘Lebih Islam’

Ingin juga saya sentuh disini bahawa Yahudi orthodok banyak juga mengutip dana bagi membantu pendududuk Palestin yg tertindas oleh kekejaman zionis. Mereka memulakan kempen ini di Manhattan.

Saya tak berniat mengelirukan… Saya hanya ingin berkongsi maklumat yg saya kumpul sejak sekian lama. Jika ada silap salah, harap sahabat yg lebih ariff sudi perbetulkan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.