Header Ads

Loading...

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Popular Masa Kini (10 Gambar)

Loading...
Untuk anda yang mencari gaya potongan rambut yang tengah hot, popular dan trending pada masa kini, kami ada senarainya.

Menerusi Lelakisihat.my, kami kongsikan kepada anda Fesyen Rambut Lelaki yang popular, trending dan hot pada masa kini.

9 Gaya Rambut Lelaki Yang Trending Masa Kini

1. Fade

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Viral Masa Kini

Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala dan bahagian tepi dipotong pendek dan nipis.

2. Man Bun

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Viral Masa Kini

Rambut dari dahi ditarik ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.

3. Undercut

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Viral Masa Kini

Gaya rambut ini menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas kepala tetapi tidak boleh diikat seperti Man Bun.

4. Top knot

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Hot Masa Kini

Kombinasi dua jenis stail rambut iaitu Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi dipotong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah dibiarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.

5. Pompadour

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Hot Masa Kini

Rambut banyak di bahagian tengah dan di bahagian tepi di potong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Bahagian tengah disikat ke tepi untuk menghasilkan seperti gelembung ke depan.

6. Short back & Sides

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Hot Masa Kini

Rambut di potong pendek di bahagian belakang dan tepi. Rambut tengah di biarkan panjang.

7. Side Part

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Popular Masa Kini

Gaya klasik dan konservatif. Rambut pendek tetapi tidak nipis. Rambut disikat belah tepi.

8. Messy

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Popular Masa Kini

Dengan rambut ala ala  serabut tapi masih mengekalkan alunan gelembung rambut yang baik, gaya rambut ini dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi pada wanita.

9. Modern Fringe

9 Potongan Rambut Lelaki Yang Popular Masa Kini

Bahagian tepi rambut dipotong pendek dan nipis tapi tak menampakkan kulit kepala. Rambut di bahagian depan mengunjur menutup dahi. Rambut bahagian atas dibiarkan tebal sama ada disikat secara lurus ke belakang atau dibiarkan beralun.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.