Header Ads

Loading...

Isu Yazit Ditengking ‘Dah Tua Sakit Nak Mampus’, Giliran Isteri Amy Search Dedah Hal Sebenar

Loading...
Isteri vokalis kumpulan Search, Amy iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish mengakui tindakannya memarahi pemain dram kumpulan itu, Yazit Ahmad adalah demi mempertahankan Search selepas dituduh penipu.

Nourish yang juga pengurus kepada Amy berkata, apa yang dituduh oleh Yazit sudah keterlaluan dan secara tidak langsung telah menyentuh maruah keluarganya.

“Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami.

“Dia (Yazit) bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah.

“Saya tidak boleh tahan dan bertindak memarahi dia semula kerana bagi memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut salah,” ujarnya kepada mStar Online.

Isteri Amy Search Dedah Kisah Sebenar Konflik Antara Suaminya Dan Yazit Search
“Saya Marah Yazit Tuduh Search Penipu” – Isteri Amy Search

ditemui pada sidang media penjelasan tentang tuduhan pecah amanah terhadap bayaran Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung pada 30 Ogos depan.

Yazit menerusi laporan polis yang dilakukan pada 4 Mei lalu turut mendakwa ditengking Nourish ketika dia bertanyakan soal bayaran konsert berkenaan.

Sementara itu, Nourish berkata, Yazit seharusnya berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut dan bukan menyimpan sifat dengki dan iri hati.

Katanya, sepanjang konsert yang diadakan Search, mereka tidak pernah mengenepikan bayaran terhadap Yazit biarpun dia tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan itu kerana masalah kesihatan.

“Dia patut berterima kasih kerana kami bersengkang mata meeting sampai malam untuk urusan setiap persembahan dan biarpun dia tidak bersama kami tetap sediakan bahagian (wang) dia.

“Dia terima sama banyak dengan ahli lain dapat biarpun dia tidak sihat dan tidak boleh terlibat dengan persembahan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Nourish berkata, biarpun mendapat kecaman oleh netizen kerana salah faham yang berlaku, dia tidak pernah menyesal dalam menegakkan maruah keluarga dan kumpulan itu.

Search bakal mengadakan konsert bersempena 35 tahun penglibatan mereka dalam bidang seni pada 30 Ogos depan.

Isteri Amy Search Dedah Kisah Sebenar Tengking Dan Hina Yazit Search
Amy (dua, kiri) bersama peguam Yusmadi Yusof (tengah) ketika sidang media berhubung tindakan ahli kumpulannya iaitu Yazit membuat laporan polis atas tuduhan pecah amanah. Foto ART CHEN

“Saya tidak kisah orang kecam saya, apa yang saya buat adalah untuk keluarga saya dan Search sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemain gitarnya, Nasir Daud menganggap rakan seperjuangannya itu (Yazit) tidak berfikir dengan waras ketika melakukan sesuatu tindakan.

Katanya, sebagai kawan paling baik dengan Yazit, dia sendiri terkilan kerana tindakan Yazit itu berniat menghancurkan kumpulan yang mereka bina bersama sejak 35 tahun lalu.

“Saya adalah kawan baik dia sebelum kami tubuhkan Search lagi dan saya sungguh tidak sangka sikap dia makin menjadi-jadi sehingga sanggup menuduh kami yang bukan-bukan.

“Saya orang yang hantar duit-duit bayaran kepada dia dan bagaimana boleh dia tuduh kami lupakan dia?” soalnya.

Tambah Nasir, setiap konsert yang dijayakan akan dibahagikan sama rata dan 20 peratus bahagiannya pada setiap konsert akan dibayar kepada pemuzik yang menjadi pengganti dia.

“Saya tidak tahu apa yang dia mahukan lagi, mungkin dia mahu musnahkan kumpulan yang kita bina bersama. Contohnya konsert di Istana Budaya dahulu kami beri pada dia RM47,000 walaupun dia hanya main empat lagu sahaja.

“Patut dia bersyukur kami yang sihat ini masih bekerja dan rezeki yang kami dapat kami kongsi bersama,” ujarnya.

Isu Yazit Ditengking ‘Dah Tua Sakit Nak Mampus’, Giliran Isteri Amy Search Dedah Hal Sebenar
Search turut dianggotai oleh Nordin dan Kit.

Dalam pada itu, ditanya tentang status Yazit selepas ini, Nasir berkata, mereka tetap menerimanya sebagai salah seorang ahli kumpulan itu walau apa pun berlaku.

Katanya, ia bergantung kepada Yazit sendiri sama ada untuk terus berada bersama Search atau tidak.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.