Header Ads

Loading...

“Memang Aku Benci Polis, Sebab Tu Aku Langgar Dia”

Loading...
Akibat ingin meluahkan perasaan marah terhadap polis, seorang lelaki secara sengaja melanggar motosikal polis dan muat turun gambar perlanggaran di laman sosial.

Malahan, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Tan itu menyebarkan gambar itu sambil menulis: “Aku memang benci polis, sebab itu langgar dia.”

Ketika kejadian, penunggang motosikal itu ditahan polis kerana dipercayai tidak memiliki lesen memandu.

Lelaki Bangga Langgar Polis
Gambar hiasan.

Walaupun diarah berhenti, tetapi lelaki itu tetap degil dan cuba ingin melarikan diri lapor Sinar Harian.

Melihatkan keadaan itu, anggota trafik polis segera mengejarnya dengan motosikal. Selepas beberapa minit, lelaki itu akhirnya berjaya diarahkan memberhentikan motosikalnya.

Tetapi tanpa diduga, lelaki itu tiba-tiba memecut motosikalnya dan melanggar motosikal polis sehingga menyebabkan anggota polis terbabit rebah di tepi jalan raya.

Bagaimanapun, suspek akhirnya berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu didapati menyebarkan gambar perlanggaran itu ke dalam laman sosial sambil mengeluarkan kata-kata yang disifatkan cukup angkuh.

“Memang Aku Benci Polis, Sebab Tu Aku Langgar Dia”

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.