Header Ads

Loading...

Keburukan Menyimpan Dompet Di Poket Belakang

Loading...
Kecenderungan lelaki yang lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.

Menyimpan Dompet Di Poket Belakang Adalah Tabiat Yang Buruk

Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.

Keburukan Menyimpan Dompet Di Poket Belakang

Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.

“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.

Keburukan Menyimpan Dompet Di Poket Belakang

Dompet akan menekan saraf-saraf tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.