“Sedap sangat!” – Wanita Berhijab Selamba Rakam Makan Daging Babi Tapi Sebenarnya.. (Video)
Loading...
Seorang wanita lengkap berhijab selamba merakamkan dirinya memakan daging babi. Apa yang menjadi isu adalah, dia seolah-olah menyarankan orang ramai untuk mencuba sekali keenakan daging babi.
Rakaman video tersebut menunjukkan wanita warga Indonesia, Arsy Hallawi, yang sedang berselera menjamah daging yang haram dimakan oleh semua umat Islam. Dia juga siap menerangkan rasa daging itu yang dimasak sendiri olehnya di dalam rakaman video berkenaan.
“Hello, Assalammualaikum. Saya sedang makan ni, lapar. Saya tumis daging babi. Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya empuk dan tidak keras. Saya masak dengan kicap. Rasanya masam, manis dan pedas. Sedap sangat! Saya makan bersama-sama roti.”
Arsy yang sedang bekerja di Hong Kong turut memberitahu bahawa daging babi lebih sedap dari daging-daging yang lain serta mengaku terpaksa makan daging tersebut kerana keadaan di negara bukan Islam yang memaksanya menjamah daging babi sebagai sumber protein.
Videonya terus menjadi tular di laman sosial serta mendapat pelbagai respon negatif. Terbaru, Arsy telah memuat naik satu lagi video di dalam Facebook dan mengatakan rupa-rupanya dia menjamah ayam bukan daging babi seperti yang dikatakannya di dalam video sebelum ini.
“Demi Allah, itu bukan daging babi tapi daging ayam. Kalau ditengok, dagingnya putih dan seratnya ayam malahan ada tulang dan kulitnya. Itu sengaja saya cakap yang saya makan.”
Dia juga mengaku kesilapannya dan benar-benar memohon maaf kepada semua yang telah tersinggung dengan ucapan dan perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama.
Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya tujuan asal wanita ini kerana sebelum ini, beliau juga pernah memuatnaik video lain yang turut menjadi kecaman netizen.
Tiada ulasan: