Header Ads

Loading...

Kisah Pilot Malaysia Terselamat Selepas Laung Azan di Segitiga Bermuda

Loading...
KISAH 1: PILOT MALAYSIA TERSELAMAT SELEPAS LAUNG AZAN DI SEGITIGA BERMUDA

Seorang juruterbang yang juga anak Malaysia, Kapten Dion Abu Bakar, pernah mengalami kejadian aneh di Segitiga Bermuda.

Menurut beliau, ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda, keadaan sekeliling sama ada langit, lautan, kiri atau kanan putih seperti kapas.Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali Allah dan beliau melaungkan Azan.

Sejurus selepas itu keadaan kembali seperti sediakala tetapi pesawat yang dipandu beliau berada dalam keadaan ‘spiral dive’ menjunam ke laut.

Namun kecekapan beliau memandu kapal terbang menyebabkan kapal terbang dapat dikawal sepenuhnya dan akhirnya beliau selamat tiba di Florida.

Kisah Pilot Malaysia Terselamat Selepas Laung Azan di Segitiga Bermuda

Mengenai Kapten Dion,beliau pernah menjadi seorang juruterbang untuk syarikat sewa khas penerbangan Air America sekitar 1970-an.

Beliau mempelajari ilmu berkaitan dunia penerbangan di Singapore Flying Club pada tahun 1964 sebaik sahaja menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah.

Antara kapal terbang yang pernah dipandunya ialah Hercules C130, Boeing 747 dan 757 serta Airbus 320.Kapten Dion yg berpengalaman lebih 40 tahun sebagai juruterbang juga mampu menguasai lebih 10 bahasa.

Beliau pernah menghiasi muka depan majalah Her World pada tahun 1977 selain berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu Beyond Rangoon dan beberapa filem tempatan seperti Bisikan Cinta dan Driving School.

Kapten Dion meninggal dunia beberapa tahun lepas di Pekan, Pahang.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

KISAH 2: PENGALAMAN NGERI DAN ANEH RAKYAT MALAYSIA BELAYAR DI SEGI TIGA BERMUDA

Tarikh 8 April 2006 adalah hari yg bersejarah bagiku kerana pada hari itulah aku di tugaskan untuk cover kapal kargo milik syarikat Malaysia,dek kerana banyaknya kejadian lanun yang mengancam pelayar-pelayar.

Ketuaku iaitu Major Ravi telah mengarahkan aku,Bahtiar dan Ramzul utk mengendali kes ini. Dari Labuan,kami berlepas menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E dan perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ketibaan kami disambut mesra oleh krew kapal kargo Selendang Ayu yang difahamkan akan berlayar ke Bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana.Atas dasar keperimanusiaan, kerajaan Malaysia begitu perihatin utk menghulurkan bantuan kepada Bahamas.

Aku,Ramzul dan Bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat.Hmm...boleh la walaupun bukan 5 star,selesa la jugak..Haha..

Aku segera berehat dan berbaring sambil termenung seketika diatas tilam tersebut.Rupa nya keadaan aku yang termenung itu disedari Bahtiar lalu dia menegur...

“Weh,apsal ko termenung bro?",sapa bahtiar sambil menolak bahuku.

“Aku bukan apa.Cuma aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni.Cuba ko tengok tadi,punyalah ramai guard,depa senjata pun ada",jawab aku dengan nada penuh hairan.

“Entah la,aku pun pelik juga.Kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni?",Ramzul tiba² mencelah.

“Weii..Bukan ke kalau nak ke Bahamas tu,kena lalu Segitiga Bermuda kaan?",sambung Bahtiar.

“Ha ah la..Mesti kene lalu segitiga setan tu.. Ahh sudah,menyesal la pulak aku join cover ni”, kata Ramzul dalam nada seakan gelisah.

Benar kata-kata mereka,memang kapal ni akan melalui Segitiga Bermuda jika mahu sampai ke Bahamas.Aku membalas dengan niat untuk meredakan kerisauan mereka,

”Alaa..segitiga je beb,bukan segi empat ke,segi lima ke..yang korang risau sgt apehal?",seloroh aku.

"Ye la..ko jangan cakap sembarangan.Dah lalu nanti baru ko tau penangan tempat tu”,kata Ramzul sekaligus meningkatkan lagi kerisauan Bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal.

"Dah..cukup dengan segitiga korang..Ingat apa misi kita disini.Kita lakukan dengan profesional. Pasal tempat puaka tu,mungkin senjata kita tak lut pada mereka.Tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa?.Sekuat mana pun jin iblis yang ada di dunia ni,tidak tertanding kuasa yang Allah ada.Tadah tangan kita, mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan”,madah aku dengan penuh yakin.

Pengalaman Aneh Dan Ngeri Rakyat Malaysia Berlayar di Segitiga Bermuda

MERENTASI LAUT ATLANTIK

Perjalanan kami ke Bahamas memakan masa hampir 3 minggu lamanya kerana kapal kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan.Dan pastinya perlu ada pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut.

Apabila tiba di setiap perairan sesebuah negara,ada saja tentera marin ataupun penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa.Jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Sebaik kapal kami tiba di Lautan Atlantik, tiba² sahaja timbul rasa gusar di hati ini apabila melihat pemandangan.Hanya lautan sahaja yang terbentang.Tidak kelihatan langsung pulau² seperti mana sebelum ini di tengah Lautan Atlantik ini.Dan kami di fahamkan,inilah dia laluan Segitiga Bermuda. Aku perasan wajah Bahtiar dan Ramzul seperti kerisauan ketika melihat sesama sendiri.

Ketika berada di bilik kawalan kapal,aku berbual² dgn kapten yang bernama Zulfakar.Tiba² sahaja terpacul soalan dari mukutku;
"Kapten tak rasa risau ke melalui laluan ni?",

“Ini kali pertama saya mggunakan laluan ni", ringkas jawapannya.

Kemudian dia menyambung;
"Sebelum ni,kawan saya yang juga seorang kapten kapal bernama John Barios pernah melalui laluan ni untuk menghantar barang ke Miami.Sebaik sahaja kapal beliau tiba di pelabuhan,para petugas hanya menemui dia seorang sahaja di atas kapal,yang lain telah tiada.Semasa mula belayar dari England, terdapat 30 orang krew yang menyertai pelayaran tu".

"Selepas tu,dia disahkan telah gila kerana setiap saat asyik mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan Laut Atlantik.Makhluk tu seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ni.Hingga hari ni,saya juga masih mencari jawapan atas segala yang dia katakan”,kata beliau panjang lebar dengan nada yang sedikit kesedihan.

Aku terdiam dan jelas kelihatan Kapten Zul benar2 terkesan dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu.Sejurus kemudian,aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke arah lautan yang sedikit berkabus.

Ramzul dan Bahtiar sudah melakukan rondaan rutin bersama pasukan keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kapal ini.Kebanyakannya Melayu dan seorang adalah berbangsa Singh.

Ketika aku tenggelam dalam lamunan sambil merenung lautan,tiba2 Bahtiar menggoncang bahuku dengan kuat.
”Weiii!!..Korang nampak tak kat sana tu?”, sambil jarinya menunding ke selatan laut.Aku dan Ramzul pantas melihat.Namun kami tak nampak apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam.

”Mana!?.. Takde apa2 pun”,pintas Ramzul.

”Ada!!..Aku mmg nmpak tadi”,penuh yakin kata2 Bahtiar.

”Apa yang ko nampak”,kata ku.

”Aku nmpak kapal”,jawab bahtiar.

“Ahhh.. kapal pun mau kecoh ke?.Biasa la kapal memang lalu sini”,pintas Ramzul lagi.

"Takk..Aku nampak kapal zaman Portugis”,ujar Bahtiar lagi,bersungguh.

Mataku fokus melihat ke arah tersebut,cuba untuk memastikan apakah benar dakwaan Bahtiar itu?.Yang kelihatan sama seperti tadi,kabus yg semakin lama semakin tebal dan hitam.

Tiba2,mataku terpandang seperti satu objek di dalam kabus2 tersebut!!.Semakin lama semakin objek itu menampakkan 'diri'.Dan sah!!.Ianya sebuah kapal perang lama!!.

"Ramzulll!!..Minorrr”,jerit aku meminta teropong.

Menerusi teropong,jelas kelihatan pergerakan kapal itu yg semakin lama semakin dekat dengan kapal kami.Dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut,aku menerima lagi satu kejutan!!.

SANTA MARIA!!!..Ianya adalah nama kapal perang yang pernah di gunakan oleh Christopher Columbus.Pada 1492 tak silap aku,ekspedisi Colombus pernah melalui perairan Atlantik ini utk mencari 'dunia baru'.

APAKAH INI SEMUA,YA ALLAH!!

Jantung aku berdegup kencang.Ini bukan mimpi tetapi realiti kerana ianya juga di saksikan oleh para krew kapal yg lain.Mereka semua terpegun melihat kapal yang sudah berusia beratus tahun lamanya belayar menghampiri kapal kami.

Semuanya hanya berdiri terpaku sehinggalah 'Santa Maria' kini berada seiring,bersebelahan dengan kapal yang sedang kami naiki dalam jarak kurang 500meter.Bahkan sedari tadi, kami rasakan kelajuan kapal itu dengan kapal kargo kami ini setara sahaja.

Aku sekali lagi menghalakan teropong ke arah kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan krew kapal tersebut.Apakah ada penghuninya?..Tiada.. Tidak kelihatan sebarang kelibat manusia pun di dalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran!!. Aku pantas meluru naik ke dek pengemudi untuk mendapatkan kapten Zulfakar.Jelas dia berada dalam keadaan cemas!.

"Apa yang terjadi kapten?"..

"Entahlah..Saya tak pasti,tapi tadi saya ternampak seekor binatang besar melintas di depan kapal.Seperti dinosour,lehernya panjang dan pantas menenggelamkan diri”,kata kapten Zul.

Aku meninjau suasana di luar.Kapal Santa Maria itu masih ada dan posisinya sana seperti tadi,seiring dengan kapal ini.

Awan tiba2 menjadi gelap,seperti ada ribut yang mahu melanda.Petir sekali sekala menyambar disertai dengan bunyi guruh,namun tanda2 hujan tidak kelihatan.

Dari kedudukan itu,aku dapat melihat kelibat Ramzul dan Bahtiar yang seperti terpaku,Apabila dipanggil nama,langsung tiada respon dari mereka.

Aku terus turun mendapatkan mereka.Aku membaca 'Bismillah' dan selawat.Kemudian dihembus ke muka mereka.Alhamdulillah, mereka mula menunjukkan reaksi.

Angin semakin kencang.Para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan. bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan

” ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri ” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung.

ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”.

dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya. ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu.

aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya..

hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini..

tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ” diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya.

Dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan.

Pusaran air juga hilang dari pandangan,yang terlihat hanyalah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata,

”TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI..YA ALLAH!.SYUKUR KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan kembali pulih seperti biasa. tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt.

apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.

Perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir.Kami solat secara berjemaah ditengah2 kapal dan turut mengadakan bacaan Yassin.Apabila tiba ayat 1-9 Yasin,aku tiba² sebak.Itulah ayat yang didengari semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi.

Satu hikmah yg di perolehi daripada kejadian itu di mana ahli pasukan keselamatan yang berbangsa Singh mahu memeluk Islam.Dia amat terkesan apabila melihat sendiri akan Kebesaran Allah Yang Maha Esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk Islam.

Syukur Alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..

ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…

P/s: Kesahihannya, Wallahua'lam bis sawab.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.