Header Ads

Loading...

‘Pelik, Setiap Kali Saya Curang Isteri Mesti Tahu’

Loading...
Assalamualaikum. Sila hide profile saya ye, saya guna Facebook isteri saya. Saya ingin berkongsi cerita perkahwinan saya dan isteri sebagai pengajaran untuk semua.

Saya dan isteri berkahwin dalam usia yang muda di mana saya berumur 20 tahun dan isteri saya 18 tahun. Kami berkahwin di atas dasar suka sama suka. Sekarang, usia perkahwinan kami hampir 14 tahun. Sepanjang perkahwinan kami, isteri saya seorang yang workaholic. Siang malam dia bekerja untuk membantu saya dan meningkatkan tahap kewangan kami.

Suami Pelik, Setiap Kali Curang Mesti Isterinya Tahu

Saya tidak nafikan bahawa pendapatan isteri lebih banyak dari saya. Selama kami bersama, dia lebih banyak membayar bil-bil dan tidak pernah sekali pun meminta duit dari saya kerana dia mempunyai duit sendiri. Dan saya pun rasa lebih senang kerana tidak perlu memberi dia duit walaupun saya tahu saya perlu memberi nafkah.

Dari mula-mula kahwin sehingga kami mempunyai seorang anak, kebanyakkannya isteri yang uruskan semua dari pampers anak, susu, upah pengasuh, insurance semua dia yang bayarkan. Saya bersyukur kerana saya tidak perlu bersusah payah menanggung semua itu memandangkan gaji saya kecil berbanding isteri.

Tetapi saya telah membuat kesilapan di mana saya cuba mencari keseronokan di luar. Saya cuba berkenalan dengan perempuan lain. Saya sebenarnya bosan kerana sejak isteri saya melahirkan anak kami, dia semakin sibuk bekerja siang malam. Bila dia balik pun dia sibuk dengan anak sehingga langsung tidak mempedulikan saya yang kesunyian. Saya juga perlukan perhatian dari dia tetapi dia tidak melayan saya seperti mula-mula kami berkahwin dulu.

Pertama kali saya berkenalan dengan wanita lain, isteri dapat menghidu perbuatan saya. Dia mengamuk habis dengan saya. Saya meminta maaf dan berjanji tidak akan buat lagi. Mujur dia memaafkan saya.

Tetapi saya mungkir janji dan buat lagi perkara yang sama untuk kali kedua dan ketiga. Setiap kali saya mula berkenalan dengan wanita lain, mesti isteri dapat tahu. Saya pun pelik, macam mana dia boleh tahu semua itu sedangkan saya tidak pernah keluar dengan wanita itu semua, hanya sekadar SMS, WhatsApp dan berhubung melalui Facebook sahaja.

Isteri saya benar-benar marah sehingga tidak mahu bercakap dengan saya. Saya kantoi dengan wanita yang ketiga semasa isteri saya sedang mengandung anak kami yang kedua. Saya tahu isteri banyak berkorban untuk saya. Semasa saya susah tiada duit nak makan, nak isi minyak motosikal, nak bayar bil telefon, malah nak pergi ke mana-mana pun semua isteri yang bayarkan.

Walaupun dia kerja siang malam, tetapi bila dia cuti dia sentiasa bawa saya dan anak pergi bercuti. Sedikit pun saya tidak perlu keluarkan duit. Semuanya isteri yang bayar. Tetapi disebabkan ego saya dan sikap mementingkan diri sendiri, saya dah buat kesilapan yang besar dalam perkahwinan kami.

Sekarang, walaupun kami masih bersama tetapi isteri saya sudah tidak seperti dulu. Dia agak dingin sedikit berbanding dulu. Layanan pun sudah tidak sama sejak kami bergaduh sebelum bulan puasa yang lalu disebabkan saya cuba curang dengan dia walaupun dia sedang mengandungkan anak kami.

Sekarang, saya menyesal dan sudah putus dengan wanita itu. Saya cuba kembali fokus pada isteri. Saya takut kehilangan dia dan saya betul-betul sayangkan dia.

Respon si isteri terhadap suaminya..

‘Pelik, Setiap Kali Saya Curang Isteri Mesti Tahu’

Kepada para suami yang membaca pengakuan saya ini, tolonglah hargai isteri anda. Janganlah buat mereka seperti orang luar dan janganlah ikutkan hati seperti saya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.