Header Ads

Loading...

Baju Koleksi Raya Dikritik, Ini Respon Che Ta

Loading...
SEBELUM ini pernah disiarkan artikel mengenai aduan peminat yang meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial terhadap koleksi baju raya Rozita Che Wan hasil kolaborasinya bersama Tesco. 

Rata-rata peminat yang merungut menyifatkan kualiti baju raya tersebut ‘indah khabar daripada rupa’ dan tidak setimpal dengan harganya yang agak mahal. 

Berikutan itu Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 43, tampil menjelaskan bahawa isu timbul apabila pelanggan memilih koleksi baju raya mengikut saiz yang tidak bersesuaian. 

Respon Che Ta Isu Baju Koleksi Raya Dikritik

“Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza. 

“Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah. 

“Bila ambil saiz yang salah bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena. 

Baju Koleksi Raya Dikritik, Ini Respon Che Ta

“Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu. 

“Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk,” katanya kepada Astro Gempak. 

Tambah Che Ta, rekaan koleksi baju rayanya itu datang daripada idea sendiri kerana mahu pelanggan berasa cantik dan puas hati. 

Dalam pada itu, Che Ta akui dia berasa terharu kerana menjadi selebriti pertama yang dipilih oleh pasaraya termuka itu. 

Koleksi baju raya Aidilfitri Che Ta di Tesco dijual pada harga RM299.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.