Suka Bagi Anak Tengok Youtube? Fikir Sekali Lagi.
Loading...
PUTRAJAYA - Ramai ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja atau dengan smartphone masing-masing, kerap membiarkan anak mereka melayani laman YouTube tanpa pengawasan.
Akibatnya, anak-anak dalam pelbagai peringkat umur terutamanya di bawah usia 5 tahun terdedah dengan video-video 'jijik' yang terdapat di dalam laman YouTube.
"Baru-baru ini saya terperasan ada video pelik di YouTube. Itu pun sebab anak-anak terbuka video tersebut. Agak bizarre juga siapa yang buat video seperti itu.
"So, berhati-hatilah kepada mereka yang kaki bagi anak tengok YouTube itu. Mohon awasi aktiviti gajet anak anda setiap masa.
"Sekali tengok macam video buka-buka surprise egg gitu tetapi turns out lain pula videonya," kata Izwan Azman.
Walaupun ada segelintir yang menyarankan ibu bapa menetapkan setting kepada parental mode on, ianya masih tidak 100% menapis kandungan video jijik seperti itu. Ini kerana, video-video superhero barat ini dilabelkan sebagai selamat dan tidak menyalahi terma dan syarat YouTube walaupun diselitkan dengan sedikit unsur-unsur menjijikan itu.
Justeru bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini? Jauhkan anak anda dari segala jenis gajet di hari bekerja kerana di waktu ini (terutamanya malam) ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memantau aktiviti anak dek kepenatan bekerja.
Tetapkan peraturan bahawa hanya di hujung minggu sahaja anak-anak dibenarkan menonton laman YouTube dan ibu bapa perlu mengawasi apa yang ditonton oleh anak-anak.
Ini contoh video itu.
Tiada ulasan: