Song Joong Ki Dedah Kisah Ditinggalkan Kekasih Dan Ciuman Pertama
Loading...
PELAKON popular Song Joong Ki sibuk menjalani beberapa acara bertemu peminat di negara-negara asia.
Dalam acara tersebut aktor drama Descendant of the Sun banyak bercerita tentang kisah peribadi dan percintaannya.
Dalam salah satu acara bertemu peminat, Song Joong Ki berkongsi rasa sedih dan kecewa tentang bekas kekasihnya lapor Mstar.
“Saya bertemu dengan bekas kekasih ketika menduduki kelas 9 dan dia mengambil keputusan meninggalkan saya selepas kemi bercinta hampir setahun,” ujarnya.
Selain itu, aktor ini menceritakan ciuman pertamanya kepada kekasih ketika menduduki kelas 11.
Katanya lagi, ia merupakan perkara biasa yang dilakukan remaja lelaki pada usia tersebut. Tambahnya lagi, dia melakukan perkara romantik itu di sebuah perhentian bas.
Tiada ulasan: