“Suami Janji Hisap Vape Sehinggalah Kantoi Hisap Rokok”
Loading...
Salam semua.
Kakfel nak cerita kisah benar today.
Ok alkisahnya begini, ada seorang kawan kakfel, suaminya sgt baik, menjaga isteri dengan sangat bagus, tapi kelemahan suaminya seorang perokok tegar, selepas berbincang bersama suami tekad nak ambik vape, so dia maintain dengan vape hampir 2 tahun, tiba2 suatu hari isteri terjumpa sekotak rokok dalam poket suami, menangis si isteri kerana suami telah menipu beliau.
Bila ditanya suami cakap dia tak tahan dugaan, sentap isteri kerana mereka dah ambik keptusan utk suami berenti kerana rokok itu haram. Isteri berkata kepada suami " awak perasan tak kenapa jualan kita bagus, tapi duit tak pernah lekat. Saya selalu fikir sy yg salah dan macam2 saya cuba perbaiki diri, tapi saya rasa sbb awak merokok lah rezeki disekat. "
Suami terdiam, bila merokok dia telah membuat banyak dosa lain tanpa sedar , yg pertama dosa menipu isteri, kemudia dosa hisap yg haram, then dosa kerana suami bagitau kadang2 dia terpaksa mencuri rokok bapa mentua. nauzubillah. Benda kecil yg sebenarnya besar!
Selepas meminta maaf dan melakukan solat taubat suami sangat terkesan dengan kata2 isteri, benar.. Selepas tu rezeki makin mencurah malah duit dalam akaun berlebihan pula.
Moral kat sini kakfel cuma nak bagitau kadang2,kita selalu rasa kita dah buat yg terbaik kenapa Allah masih tak bantu, sedangkan dosa yg dianggap kecil itu mungkin penyebab rezeki tersepit, yg perempuan dgn mudah tayang lengan, mengumpat kisah org.. Tanpa fikir, kita buat baik tapi masih ada lubang. Nak hijrah fokus kepada keseluruhan, biar hati dan jiwa kita sama sama hijrah.
Wallahualam. - Felinna Nadea Ed Fattah
Tiada ulasan: