Header Ads

Loading...

Penghantar Makanan Mati Ditetak Di Petaling Jaya

Loading...
PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan segera maut ditetak menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian di Taman Rekreasi SS3/28, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dipercayai diserang beberapa orang lelaki sebelum mayatnya ditemui mati terbaring oleh orang awam.

Gambar Ngeri Penghantar Makanan Maut Ditetak

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, terdapat lima kesan tetakan di bahagian kepala, perut, siku dan belakang badan mangsa.

“Kami juga tidak menolak dakwaan, senjata tajam yang digunakan adalah parang namun pihak kami masih lagi menjalankan siasatan,” katanya dalam satu sidang akhbar di lokasi kejadian awal.

Tambahnya, semasa kejadian mangsa dipercayai bersama seorang rakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Kerana membunuh.

Penghantar Makanan Mati Ditetak Di Petaling Jaya

Penghantar Makanan Mati Ditetak Di Petaling Jaya

Penghantar Makanan Mati Ditetak Di Petaling Jaya

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.