Header Ads

Loading...

14 Tips Untuk Pasangan Yang Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup

Loading...
Nak kahwin tahun depan tetapi tak cukup duit lagi? Jom baca ini, lelaki paling suka point nombor tiga. 

1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya lagi. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan. 

2. Terlalu ramai yang menyesal kerana tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan mengulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh, kalau couple sampai 10 tahun, tetapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh. 

3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakan menabung sekarang. Kalau majlis yang anda rancangkan memerlukan peruntukan RM20,000, setiap seorang perlu sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ini bersama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali. 

4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kecwangan. Yang lelaki, kumpul duit kahwin bagi membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Selepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan. 

5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki itu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas berkahwin kelak? 

6. Kalau kita terpaksa mengambil pembiayaan pinjaman peribadi untuk membeli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya lagi. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada sahaja. 

Nak Kahwin Tapi Tak Cukup Duit? Baca Tips Ini.

7. Sebelum berkahwin, kita sudah kata komtmen kita tinggi dan tidak mampu membuat simpanan. Jangan ingat selepas kahwin, hidup akan menjadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah mula morning sickness. Faham-fahamlah. 

8. Jika sebelum kahwin pun tak mampu nak menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak pula nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi itu. 

9. Jenis yang selepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis lagi, bayangkan rumah langsung tidak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh. 

10. Orang kahwin, murah rezekinya inshaAllah. Tetapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancangkan itu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancangan, Allah jua yang sebaik-baiknya merancang. 

11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak berkahwin tetapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak buatlah simpanan RM1,000 sebulan bersama pasangan atau kurangkan kos lain yang tidak wajib dan tidak perlu. 

12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain-lain. 

13 Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, photographer tak perlu sampai tiga orang. Kalau tak mampu buat dua majlis berasingan, buat satu majlis sahaja pun boleh. Secara tidak langsung jimat perbelanjaan sebanyak 50%. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung. 

14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu kerana saya bukanlah pakar sangat bab-bab kahwin ini. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali sahaja pernah berkahwin. - Harith Faisal

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.