Header Ads

Loading...

Polis Temui Pistol Dan 30 Butir Peluru Dalam Kereta Safee Sali

Loading...
KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi.

Pistol Dan 30 Butir Peluru Ditemui Dalam Kereta Safee Sali

BHOnline melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.