Header Ads

Loading...

Isu Pistol Dalam Kereta, Safee Sali Akhirnya Buat Pengakuan

Loading...
JOHOR BAHRU: Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali hadir di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) di sini petang tadi, bagi memberi keterangan berhubung penemuan sepucuk pistol dan peluru hidup dalam kenderaan pacuan empat rodanya (4WD), semalam.

Penjelasan Safee Sali Isu Pistol dan Peluru Ditemui Dalam Keretanya

Beliau tiba di balai polis berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian. Beliau yang ditemui di pekarangan balai polis berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis namun menafikan pistol itu adalah miliknya.

"Kereta itu memang milik saya tetapi barang kes (pistol) itu bukan kepunyaan saya. Saya tidak mengenali lelaki terbabit (suspek)," katanya.

Polis menemui sepucuk pistol bersama 30 peluru hidup dalam kereta milik Safee yang dipandu seorang pemilik kedai aksesori kenderaan 4WD dalam sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pada jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang mengesahkan kejadian itu, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaannya itu ke kedai suspek minggu lalu untuk diubah suai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA kelmarin.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.