Isteri Tergamam Melihat Hadiah Disebalik Durian
Loading...
Kejutan bersama hadiah ulang tahun untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan menjadikan kehidupan rumah tangga lebih bahagia.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan di Facebook ini, menunjukkan bagaimana seorang suami memberikan kejutan buat isteri tersayang.
“Happy anniversary Sayangku Norazlina, ini sahaja yang mampu,” tulis seorang suami pada bekas polisterin makanan sebelum diberikan kepada isterinya.
Apbila si isteri membuka polisterin tersebut terdapat beberapa ulas durian di dalamnya lapor Mynewshub.
Namun siapa sangka, di sebalik isi-isi durian tersebut terselit sebutir loket emas tanda kasih sayang, cinta dan pengorbanan yang dilakukan.
Baru lapan jam dimuat naik, foto-foto berkenaan menerima 10 ribu likes, lebih 2 ribu perkongsian dan 724 komen daripada pelayar laman sosial.
Rata-rata yang mengutarakan komen adalah dari kalangan wanita terutama para isteri yang mengakui cemburu terhadap Norazlina dan berharap suami mereka memperlakukan perkara sama.
Antara komen tersebut adalah, ” Kempunan durian pun belum dapat apatah lagi emas. Untung akak,” tulis Rasyidawati Waty.
“Masa kita pun hampir tiba Shahril Ketam. Ambil ni sebagai idea.. hahahaha,” komen Hasliza Ahmad Shah pula, sambil men-tag akaun Facebook suaminya.
Tiada ulasan: