SUAMI PELIK , ISTERI SELALU MENGADU PENAT
Loading...
Isteri Mengadu Penat Setiap Petang, Suami Terkejut Apabila Dapat Tahu Apa Isteri Buat Setiap Hari | Siapa yang lebih banyak bawa barang berat setiap hari? Lelaki atau perempuan?
Tak dinafikan lelaki memang mampu bawa barang yang berat berganda dari perempuan. Tapi jangan ambil mudah bila biarkan isteri terutama yang suri rumah lakukan kerja rumah seharian sendirian. Macam-macam kerja yang isteri buat yang mungkin suami tak terfikir isteri mampu lakukan.
Seorang lelaki di Tokyo pelik kerana isterinya asyik merungut penat setiap kali dia pulang dari kerja sedangkan isterinya hanya seorang suri rumah dan menjaga seorang anak.
Jadi dia membuat keputusan untuk siasat apa yang isterinya lakukan di rumah semasa dia keluar rumah.
Memang nampak mudah jadi seorang suri rumah. Tapi segalanya si isteri buat dari menguruskan anak, keluar beli barang, kemas rumah, masak, cuci baju dan paling teruk bila anak tak ingin berenggang dengan ibu dan hanya ingin didukung. Bayangkan.
Selepas mengetahui segalanya, barulah suami sedar dan lebih menghargai tugas dan peranan seorang isteri yang banyak berkorban segalanya untuk sebuah rumahtangga.
Tiada ulasan: