Header Ads

Loading...

Pukul Orang Gaji Hingga Hampir Mati, Hakim Lepaskan Datin Dari Hukuman

Loading...
Nasib amah atau pembantu rumah di Malaysia sering dipermainkan. Hanya segelintir daripada mereka yang bernasib baik, manakala selebihnya ada yang didera, ditipu, dirogol dan banyak lagi. Namun begitu, mereka masih sering datang ke sini dan masih berani untuk bekerja di sini. Tulah kan…

Pada Disember 2016, pernah tular isu tentang seorang Datin yang telah ditangkap dan dipenjara kerana telah mendera orang gajinya, iaitu Suyanti Sutrinso yang berusia 19 tahun. Dikatakan ‘Datin’ tersebut kini telah dibebaskan kerana dia berkelakuan baik. Haihhh yeke ni??

Pukul Orang Gaji Hingga Hampir Mati, Hakim Lepaskan Datin Dari Hukuman

Menurut WOB, Datin Rozita Mohamad Ali telah menggunakan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung serta penyangkut baju sehingga menyebabkan kecederaan serius pada kepala, tangan, kaki dan organ dalam Suyanti..

Ramkarpal Singh terkejut selepas kesalahan yang pada mulanya didakwa sebagai percubaan membunuh telah dikurangkan kepada kecederaan parah dengan menggunakan senjata secara sengaja, iaitu dibawah Seksyen 326.

“Undang-undang tidak lagi menyediakan bon berkelakuan baik dalam kes-kes melibatkan kesalahan serius”

Rozita pada awalnya didakwa dengan cubaan membunuh kemudiannya didakwa bawah Seksyen 326 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

“Datin itu terikat selama 5 tahun dengan bon berkelakuan baik RM20,000 oleh Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar selepas dia menukar pengakuan kepada mengaku bersalah” WHATTTT

Datin Pukul Orang Gaji Hingga Sampai Mati, Hakim Lepaskan Dari Hukuman

Menurut FMT pula, Ramkarpal berkata pindaan Kanun Tatacara Jenayah pada 2016 secara jelas tidak menyediakan pilihan mengikat seseorang yang disabut kesalahan dengan bon berkelakuan baik bawah Seksyen 173A dan 294 apabila seseorang itu didkawa dengan kesalahan serius.

“Pindaan tersebut juga secara jelas tidak mengambil kira keadaan sebelum ini dan oleh itu, masih berkuatkuasa dan boleh digunakan semasa Rozita dihukum”

Dia tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan meminta Mahkamah Tinggi untuk segera menyemak keputusan tersebut demi keadilan, dan Mahkamah Tinggi boleh berbuat demikian walaupun tanpa permohonan mana-mana pihak0

Sementara itu, peguam hak asasi, Eric Paulsen, turut mempertikaikan keputusan mahkamah itu selepas mendengar daripada 10 saksi termasuk mangsa dan doktor merawatnya. Katanya,

“Kami tidak nampak apa-apa keadaan yang boleh meringankan hukuman Rozita untuk kesalahan serius seperti ini”

“Kesalahan sedemikian jika tidak dihukum akan menjadi satu pencabulan, terutama apabila dilihat dalam konteks pelbagai kes penderaan yang berlaku di Malaysia”

Datin Pukul Orang Gaji Hingga Sampai Mati, Hakim Lepaskan Dari Hukuman

Namun peguam Rozita mengatakan bahawa Datin itu sudah cukup terseksa dan tertekan sejak kejadian tersebut. Dia turut memaklumkan bahawa Datin itu sudah ‘menyesal’ atas perbuatannya.

Kata Paulsen yang mengetuai Lawyers for Liberty, hukuman yang dibuat seolah-olah memberikan mesej yang salah kerana ia mencadangkan tidak mengapa untuk melayan pembantu rumah tanpa perikemanusiaan jika kamu kaya atau rapat dengan orang ternama.

“Kami menyeru peguam negara supaya merayu keputusan Mahkmah Sesyen, dan mendapatkan hukuman setimpal dengan jenayah kejam yang diakuI Rozita”

Harap Mahkamah dapat selesaikan isu ni secepat mungkin, dan sebolehnya hukuman itu setimpal dengan kesalahannya..

Sumber: WOB/FMT

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.