Header Ads

Loading...

Perkara Pelik Yang Wujud Dekat Malaysia, Tapi Ramai Tak Tahu

Loading...
Betul ke korang ni sayangkan Malaysia dan tahu banyak benda tentang negara yang korang cintai ni? Negara kita yang unik dan mempunyai khazanah alam ni sebenarnya menyimpan beberapa rahsia yang tak ramai tahu termasuklah rakyat negara ni sendiri.

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

So kalau korang rakyat Malaysia, jom uji pengetahuan korang tentang negara ni. Baca enam perkara tentang Malaysia yang mungkin rakyat negara ini sendiri tak tahu. 

1. Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk tahan salji

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

Aik macam pelik je kan bila dapat tahu Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang terkenal ni sebenarnya dibina dengan ketahanan melawan cuaca musim sejuk sampai ke tahap kedalaman salji tebal dua kaki! Kalau korang nak tahu, bangunan yang telah dibina pada tahun 1910 ni sebenarnya dah mengikut standard peraturan pembinaan dari British ketika zaman perang dunia dulu tau.

Artikeknya, Arthur Bennison Hubback iaitu seorang bekas Brigadier Jeneral British Perang Dunia Pertama terpaksa ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa British iaitu ‘British Standard’ walaupun Malaya (Malaysia) adalah sebuah negara beriklim tropika. Lagi menarik, bumbung platform atas stesen jugak katanya boleh tampung salji setebal dua kaki tau.

2. KL ibu kota paling banyak terima panahan kilat

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

Boleh dikatakan dalam satu minggu tu Kuala Lumpur mesti ditimpa hujan kilat kan? Haa kalau korang nak tahu, KL sebenarnya adalah antara ibu kota yang paling banyak terima panahan kilat atau petir di dunia tau! Sounds scary? Dianggarkan dalam setahun KL telah mengalami 200 hari ribut petir kalau nak dibandingkan dengan London dan New York yang hanya alami 20 dan 10 hari ribut petir dalam setahun.

3. Jambatan gantung tertinggi dunia ada di Sabah

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

Sebenarnya ramai yang tak tahu kewujudan jambatan gantung ni yang terletak di Gunung Kinabalu. Mungkin kebanyakan daripada kita tahu yang Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4095 meter ialah 10 kali ganda lagi tinggi dari KLCC dan separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tapi korang tahu tak ada jambatan yang dibina dekat Gunung Kinabalu ni dengan ketinggian 3600 meter dari aras laut? Fuh gayat weh!

Bagi yang berani, korang haruslah daki hingga ke kem Laban Rata dan melalui Jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi berteknologi Itali yang dibina pada lereng Gunung Kinabalu sebelum tiba ke jambatan sepanjang 22 meter tu. Macam mana ada bran??

4. Serangga terpanjang dunia ditemui di Malaysia

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

Kan dah cakap, semua benda yang ada di Malaysia memang unik! Ini termasuklah spesis serangga terpanjang di dunia yang telah ditemui dekat hutan belantara di Sabah. Ia telah ditemui sekitar tahun 2008 oleh pengkaji serangga, antara 10 spesies terbaru yang terkenal.

Serangga bernama Chan Megastick ni ialah sejenis serangga ranting (kalau sekali tengok memang macam ranting pokok pun) berukuran 56cm dan dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, pengkaji alam semulajadi di Malaysia. Ia hanya hidup di atas kanopi rimba dan menjadi antara ‘Top 10 New Species’ menurut senarai BBC.

5. Malaysia lokasi lipas terbanyak di dunia ditemui

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

Bagi korang yang takut atau bencikan lipas, korang dah boleh start packing beg dan berhijrah ke negara lain sebabnya Malaysia atau lebih tepat Sabah adalah tempat berkumpulnya lipas paling banyak di dunia! Arghhh! Semua lipas-lipas ini dikatakan telah bersembunyi di Gua Gomantong yang dipercayai mempunyai populasi lipas terbanyak di dunia.

Gua tu jugak dikatakan ada bau yang busuk disebabkan longgokan tahi kelawar yang banyak di lantai gua. Malah lipas pula dapat dilihat memenuhi lantai, dinding dan siling gua. Aaaa geli!

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

Suasana kelam dan lembap di gua tu difahamkan memang sesuai sangatlah untuk pembiakan lipas. Bangkai anak kelawar atau burung layang-layang lah yang jadi makanan buat lipas ni semua. So elakkanlah diri dari ke sana ye bila ke Sabah. 

6. Roundabout Jalan Bulatan Trafik antara yang terbesar di dunia

Perkara Pelik Tentang Malaysia Yang Rakyat Negara Ini Sendiri Tak Tahu!

Ni lagi satu fakta yang menarik! Bagi korang yang duduk di Putrajaya, mesti korang kenal dengan Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan jalan bulatan terbesar di dunia dengan 3.4 km mengelilinginya.

Mempunyai 15 sistem jalan keluar dan masuk, roundabout ni telah dicadangkan Tun Mahathir selepas mendapat ilham daripada lawatannya di Paris dengan melihat Avenue des Champs Elysees semasa perarakan Hari Bastile. Tun Mahathir telah mencadangkan bulatan tersebut yang cukup besar untuk digunakan semasa perarakan Hari Kemerdekaan.

Macam tak percayakan semua benda ni wujud di Malaysia! 

Sumber: lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.