Nak Isi Borang Kahwin Konon Padahal Nak Geli-Geli
Loading...
Dah biasa sangat kita dengar berita pasal pasangan kena tangkap khalwat kat Malaysia ni. Bila dah kena cekup tu macam-macam lah dia punya alasan nak larikan diri dari kena tangkap, kan? Tapi alasan seorang wanita kat Kuala Terengganu ni boleh buat korang rasa nak tergelak pun ada. Haih!
Menurut Sinar Harian, wanita terbabit pergi ke rumah tunang dia kat Dungun. Tapi dek kerana ramai yang perasan perempuan tu kat dalam rumah berdua je dengan tunang dia, orang sekeliling pun buat aduan kat pihak berkuasa sebab tak selesa dengan aktiviti bebas dorang kat situ.
Dalam pukul 12:30 tengah hari macam tu, Penguatkuasa Syariah datang serbu rumah tersebut dan jumpa wanita berumur 23 tahun dengan tunang dia yang umur 24 tahun kat dalam tu. Bila kena serbu dengan pihak berkuasa, kalut la masing-masing dan terus dua-dua keluar pakai tuala je. Apa yang lagi lawak, wanita tu bagi alasan yang dia sebenarnya datang rumah tunang dia tu untuk isi borang kahwin je. Ooo macam tu caranya isi borang kahwin.
Ada orang cakap diorang ni selalu sangat nampak keluar masuk keluar rumah sewa lelaki tu. Sebab tu lah jiran-jiran macam syak diorang tu duk buat yang bukan-bukan dalam rumah tu.
“Semasa serbuan di lokasi, keadaan pintu utama rumah ditutup sebelum dibuka oleh seorang lelaki yang hanya mengenakan tuala.”
“Ketika membuka pintu, turut ditemukan seorang wanita yang dilihat dalam keadaan mengaibkan kerana berkemban dengan tuala sahaja,” kata anggota Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun tu.
Menurut sumber, diorang ni memang takde hubungan sah sebagai suami isteri ke apa. Tapi diorang mengaku yang diorang tu baru je bertunang. Tak tahu lah betul ke tak tu dah bertunang.
“Mereka mendakwa kononnya akan berkahwin pada Jun nanti dan wanita itu datang ke rumah tersebut selepas dipanggil oleh tunangnya… tujuan bersama di rumah itu hanya semata-mata nak bincang cara-cara untuk isi borang kahwin.”
Pasangan tu sekarang ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (2001).
Tahu lah negara kita ni panas, tapi kau biar betul nak isi borang sampai kena berkemban pakai towel macam tu?!
Tiada ulasan: