Header Ads

Loading...

“Bulu roma aku meremang Setiap kali aku dengar suara ‘Siri’. Kau nak tahu kenapa?” - Misteri Bercakap Dengan Siri

Loading...
Setiap kali aku dengar suara Siri (iOS), bulu roma aku meremang. Kau nak tahu kenapa?

Malam tu aku terjaga sebab terdengar bunyi beep telefon aku. Aku kalau tidur, jenis tutup semua lampu.

Bila aku buka mata, bilik aku diterangi lampu skrin iPhone aku yang duduk atas meja lampu tidur di sebelah aku.

Aku pun capai iPhone...

Aku check la mana tahu ada sesiapa mesej. Tak ada. Email, tak ada yang baru. Noti Twitter, tak ada. Insta pun tak ada.

Bateri — 10%

Oh! Bateri dah low rupanya. Aku pun plug in charger, letak telefon atas meja, & rebahkan kepala atas bantal.

Masa aku dah nak terlelap, tiba²...

“Bulu roma aku meremang Setiap kali aku dengar suara ‘Siri’. Kau nak tahu kenapa?”

"Go ahead. I'm listening..."

Dalam mamai-mamai tu aku dengar Siri bersuara selepas bunyi beep dua kali.

Aku buka mata! Bilik gelap. Lampu skrin telefon aku tak menyala pun. Aku mimpi je kot. Aku malas check telefon tu sebab ngantuk sangat. 

Masa aku tengah bermonolog...

"Sorry, I missed that."

Suara Siri kedengaran lagi. Seraya, lampu skrin iPhone aku menyala, lantas menerangi silinh bilik. Aku toleh ke arah telefon di atas meja lampu tidur. 

Jantung aku bagai meletup bila nampak...

Ada wajah  yang menyuakan dirinya dekat pada skrin iPhone aku. Lampu skrin meneranginya, dan ia kelihatan seperti seorang budak. 

Badan aku menggigil, namun tak dapat bergerak. Bagai terpasung ke atas katil.

Aku lihat mulut budak itu bergerak, tapi tiada suara yang keluar..

"I don't understand that. If you like, I can search for 'tall long sire' from the web"

Respon Siri pada gumaman wajah yang dilimpahi lampu skrin itu.

Cemas aku semakin memuncak bila skrin
iPhone aku tu memalap dan kemudian mati. Shit! Gelap gelita!

Benda tu ada dalam bilik aku. Aku tak boleh nampak apa. Gelap ibarat aku ni buta.

Apa aku nak buat ni? Benda tu dekat mana? Apa dia nak? Aku tak nak mati! 

Aku kumpul semangat dan terjah...

Misteri Bercakap Dengan Siri

...turun dari katil & meluru ke arah pintu bilik. Aku tak nampak mana pintu itu, tapi boleh agak pintu dekat mana.

Bila kau dah biasa berada di dalam suatu ruang. Kau dah familiar dengan kedudukan objek di dalamnya. Kan?

Tapi...

...bila aku rasa aku sepatutnya sampai di tempat pintu itu berada, ia tiada di situ. Kosong. Jadi aku sambung lari.

Lepas beberapa tapak, aku jadi pelik sebab tak sampai-sampai. Bilik aku bukan besar pun.

Tak semena-mena...

Dum!

Aku terlanggar sesuatu di hadapan aku. Kepala aku terhantuk kuat.

Kringggggg!!!!!

Bunyi alarm aku berbunyi, aku terus tersedar. Cepat-cepat aku bangun dan duduk.

Aku tengok sekeliling. Kepala aku berdenyut-denyut. Aku berada di depan pintu bilik.

What the hell happened?

Tall long sire?

Aku rasa kau orang pun tahu bukan itu yang benda tu cakap kan? Siri tak boleh berbahasa Malaysia. Ia tak faham, tapi kau orang faham.

Cuma, kenapa benda tu minta tolong? Kenapa daripada aku?

Selepas kejadian tu, aku off function Siri. Walaupun aku rasa aki hanya mimpi je, tapi peristiwa tu buat aku rasa tak selesa dengar suara Siri.

Sejak tu dah tak dengarlah suara dia, dan aku teruskan kehidupan macam biasa.

Seminggu lepas tu, masa aku sedang memandu...

... aku cas telefon aku. Aku letak telefon di tempat duduk penumpang hadapan.

Beep beep! "What may I help you"

....aku toleh telefon. Siapa on balik Siri ni? 

"searching for the nearest bus stop" 

Aku capai telefon dari tempat duduk. Di skrin terpampang...

... transkripsi perbualan Siri, kemudian beralih kepada peta ke perhentian bas terdekat.

Tiba-tiba kereta aku bergoncang. Aku pandang ke arah jalan. Shit! Aku dah tersasar ke bahu jalan yang tak bertar.

Aku campak telefon & pulas stereng ke kanan dan masuk semula ke jalanraya.

"In 300 meters, take the exit on the left"

Bulu roma aku meremang. Malam-malam buta macam ni, boleh pula suruh aku hentian bas. Dah pukul 11pm kot!

"take the exit on the left."

Aku tak hiraukan arahan tu, aku pandu terus je. Aku terus balik ke rumah.

Sampai rumah, aku park kereta dan terus ambil iPhone yang dari tadi menyuruh aku masuk simpang itu, masuk simpang ini, U-turn dan macam² arah lagi lah.

Beep! iPhone aku berbunyi. Bateri tinggal 10%. Lekas² aku matikan aplikasi Map. 

Kenapa lately cepat sangat bateri habis ni?

Beep! Masa aku masuk ke dalam rumah, iPhone aku bunyi lagi.

Bateri 5%.

What? Ni lah masalah beli telefon refurbished set. Entah bateri sparepart apa dia tukar. Baru guna tak sampai sebulan dah rosak.

Aku cucuk pengecas pada telefon...

Skrin aku menyala terang. Klik! Bunyi ketikan camera.

Shit! Dah jahanam telefon ni! Semua benda nak on sendiri. Cakap sendiri. Cari navigation sendiri. Ambil gambar sendiri.

Aku off telefon, dan sambung cas. Lepas mandi, aku tidur. Tak ada alarm pun tak apa sebab esok weekend.

Malam tu aku tidur tak lena. Pusing kiri. Pusing kanan. Betulkan bantal. Akhirnya aku bangun. Tak tahu pukul berapa waktu tu, tapi gelap lagi.

Aku ambil telefon & hidupkan untuk lihat jam. Di rumah aku ni ada 2 jam je. Satu di iPhone, satu lagi di kereta. 

What?

Dah pukul 5am. Dah 5 jam aku cas, bateri baru naik jadi 15%. Damn! Aku kena contact seller, tapi ni awal sangat lagi.

Since nak tidur pun tak lena, aku  terfikir nak delete gambar² dalam galeri. Mana tahu nak kena hantar repair. Takut ada gambar sensitif.

Aku buka galeri...

Terus aku campak telefon tu!

Gambar first yang keluar, gambar accidental selfie aku malam tadi. Di belakang kiri bahu aku ada muka budak hari tu!

Jantung aku berdegup laju.

iPhone tu di atas lantai. Skrin terlungkup di bawah. Cahaya skrin meremang di sekeliling telefon tu.

Sampai langit cerah aku tenung iPhone atas lantai tu.

Bila dah cerah dan dah tak cuak, aku ambil telefon tu. Ia tak hidup. Bateri dah kong agaknya. Aku tak hidupkan.

Aku siap-siap, pukul 9am aku terus keluar untuk hantar iPhone tu ke kedai di mana aku belinya.

"Tauke, ni barang rosaklah. Suka² on itu ini. Lepas tu bateri tak mau charge" kata aku masa serah telefon tu pada seller.

Dia ambil. Tekan butang 'on'. iPhone tu boot up. Seller hulur pada aku, suruh masukkan password, lepas tu diambil semula.

"OK ma!" katanya selepas swipe sana sini dan cuba beberapa apps. 

"Bateri pun full charge" katanya lagi.

Aku ambil telefon tu dari tangan dia. Aku lihat noti bateri — 99%. Aik?

2 jam aku stay di kedai tu cuba nak buktikan iPhone tu rosak, tapi iPhone tu tak nak tunjuk simptom.

Aku tak tahu nak hampa ke nak lega. Hampa tak dapat buktikan telefon tu rosak, tapi lega telefon tu tak rosak.

Serabut!

Untuk kurangkan serabut aku pergi tengok wayang, layan kopi secangkir dua, dah nak Maghrib, aku pun balik. Sepanjang hari tu iPhone aku OK je, tapi...

... masa OTW ke rumah, tiba-tiba iPhone dalam poket aku vibrate non-stop. Aku keluarkan ia daripada poket dan periksa. 

"Searching for nearest bus stop."

Again? You gotta be kidding! Jantung jadi aku laju, kali bukan sebab takut, tapi sebab meradang!

"Kau nak apa sebenarnya, ha? Kau kacau aku ni buat apa?" teriak aku. 

... (sunyi)

"OK! Aku ikut apa kau nak! Tapi lepas ni jangan kacau aku lagi" sambung aku.

"in 200 meter turn left"

Aku anggap itu respon 'dia', jadi aku ikut je arahan navigasi. Bila sampai, aku ternganga...

Ni bus stop tu. Gelap gelita. Mulanya aku cuak nak keluar daripada kereta, tapi sebab dah nekad nak selesaikan masalah yang membelenggu aku, aku keluar juga.

Bila nampak apa belakang bus stop ni, aku menyesal keluar...

“Setiap kali aku dengar suara ‘Siri’, bulu roma aku meremang. Kau nak tahu kenapa?”


Gambar gelap sangat, jadi terpaksa enhance sikit. Harap kalian nampak apa ada belakang bus stop ni.

Hilang dah amarah aku, diganti dengan perasaan seram. Berdiri bulu roma ditengkuk. Lemah lutut.

“Setiap kali aku dengar suara ‘Siri’, bulu roma aku meremang. Kau nak tahu kenapa?”


"Tolooong saya...."

Nak terjelepok aku bila dengar suara halus dari sebalik nisan-nisan yang berceracak tu. Lemah tubuh aku melonglai.

Dalam otak aku ligat fikir macam-macam.  Pasal bus stop. Pasal iPhone. Pasal rompak. Pasal bunuh. Pasal refurbish...

Aku cuba cantumkan serpihan-serpihan teka-teki itu.

Damn!

Aku rasa kau orang pun dapat gambaran yang sama seperti yang ada dalam kepala aku ni, kan?

Shit! What have I gotten myself into?

Tiba-tiba tangan aku diruntun ke belakang, menjauhi kuburan yang berada di hadapan aku. 

Aku panik. Dada aku rasa sesak kerana jantung aku berdetak terlalu kuat dan laju. Nafas pun jadi cetek. Lalu aku rebah ke lantai.

"Bangun! Bangun! Bangun cepat!"

Bila aku toleh kepada si penarik itu, aku jadi keliru. Aku andaikan ia sesuatu yang mengerikan, atau paling tidak muka budak tempoh hari. Ternyata bukan!

Si penarik tu adalah seorang pakcik, dan dibantu oleh seorang pemuda.

"Bangun!" kata pakcik sambil hulur tangannya.

Aku sambut, dan cuba bangun tapi kaki aku rasa lemah, macam ia diperbuat daripada tanah liat.

Pemuda tu bantu papah aku bangun.

"Kau OK? Boleh bawa kereta?" tanya pakcik.

Mereka berdua naik motor lalu di hadapan bus stop ni, nampak aku sedang bercakap seorang diri. Jadi mereka berhenti.

Lepas semngat aku pulih sikit. Pakcik naik kereta dengan aku. Pemuda tu tunggang motor. Kami ke kawasan yang ramai orang. 

"Kau buat apa kat sana?" soal pakcik.

Aku pun cerita dari awal. A to Z. Pakcik hanya angguk-angguk je. Bila sampai part aku buat andaian yang melibatkan iPhone curi, kes bunuh...

"Berhenti!" kata pakcik.

Aku terkejut dan berhenti bercakap mid-sentance.

"Awak dengar elok-elok. Pertama, orang mati, roh dia dah tiada di sini. Benda yang kacau kau tu jin atau syaitan. Dia sengaja buat supaya awak nampak benda-benda ni macam ada kaitan. Supaya kau percaya benda tahyul." katanya panjang lebar.

Aku mengganguk tanda faham. Logik juga

"Kedua. Orang mati, kita hanya boleh bantu dengan kirimkan doa dan bacaan Al-Quran. Faham?"

Aku angguk lagi.

"Dah! Kamu balik, mandi, solat, kemudian tidur. Kalau lapar makanlah dulu." pesan pakcik.

Aku ikut pesan pakcik. Balik, mandi, solat, tidur.

Bila aku bangun keesokan paginya, hidup aku kembali tenteram. Cuma, sampai sekarang aku off function "Hey Siri!" tu.

Trauma.

Pengajaran:

1. Berimanlah dengan perkara ghaib, namun jangan mudah terperdaya dengan perkara tahyul.
2. Kirimlah doa buat insan-insan yang telah pergi.
3. Jangan gubakan telefon bimbit ketika memandu.
4. Benda di laman sosial ni tak semua benar.

Ikhlas,
@dr_chaku

Sumber: Twitter Dr. Kamarul Ariffin

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.