Trend Perkahwinan Melayu Moden Yang Menjengkelkan
Loading...
Pokoknya, memang nak kahwin ni, kena ikut trend tekini. Mesti mau Instagram, Pinterest, Tumblr, Etsy, Once Wed semua bagai ar. Jom kita tengok apa dia benda-benda yang trendy dalam “transformasi” Majlis Perkahwinan Melayu yang ala-ala hipster zaman sekarang ni bak kata hipster-hipster kaki kahwin ni, “to f*** halal way”.
1. Majlis pra-pertunangan dan pasca-pertunangan
Fuhhh! Tu dia! Masa pra pertunangan ni kita boleh tengok betapa sibuknya “bakal-bakal” tunang ni pergi cari pengapit baju sedondon bagai. Tapi baru nak tunang jer kot? Sibuk dia mengalahkan orang nak nikah dah. Masa pertunangan ni lar kita nak dok habak yang kita ni masih virgin bagai semua aih! Chit!
Ok lepas kita dah bertunang, cam biasa, “sesi bergambar” sebab dah alang-alang rombongan gerombolan meminang/bertunang tadi dah penat kita “pakaikan” baju sedondon. Pastu pi bergambar kat area jejambat Putrajaya ke ngadap Tasik Putrajaya ke. FUHH! Belum kahwin lagi. Haaaa! Gambar tu pun apa lagi, posting kat TUMBLR, INSTAGRAM ar siap #Engaged #loveTILLjannah ar bagai. Ish!
2. “Bachelor party/bridal shower”
Ini satu lagi musabab Melayu urban sekarang ni transform jadi omputeh ler kunun. Parti bujang apa jadah nyer? Siap buat kat tempat mewah bagai. PARTI BUJANG ATAS BUMBUNG TEPI SWIMMING POOL bagai Melayu kita ni. Fuhh hebat pengaruh TV ni. Tangkap gambar masa parti ni pastu hashtag ar:- #bae #sister4life dsb. PUI!
3. Pengapit
Ini pun kita boleh tengok depa ni transformasi siap bawak Geng 77 ikut belakang sampai ke jinjang pelamin bagai. Pakai dua orang pengapit tu ok what tak yah ar sampai bawak Geng 77 nak ikut berarak dengan baju sedondon ni follow belakang bawak bunga yang depa gelar ‘flower girl’ Geng 77 gitu. Mat Salleh kunun!
4. RSVP! RSVP!
Ni satu lagi fail! Kalo kita buat Majlis kat depan umah bagai, ko datang jer ar, takyah ar nak RSVP RSVP bagai. Macam lar majlis tu private buat kat pulau milik persendirian ala-ala artis Hollywood tu. Ish! Pleeeeese ar weh! Fail optimum!
5. “Bunga manggar? Bunga telor? Basket full of candy? Takkan gula-gula jer?”
Zaman dulu, sebagai tanda penghargaan ar sebab sudi datang, dapat lar seketul atau berketul-ketul (bagi kaki rembat) bunga telor balut ngan tisu. Tapi zaman hipster ni, FUHHH! Macam-macam rupa dah. Ada yang bagi basket ngan candybar/gula-gula/ Ferrero Roche bagai. Fuhhh! #bungatelorKUhabis
6. Guestbook
Ini gua komen lebih kang kata cam melawat galeri seni pulak tak pun cam nak masuk meeting ke apa nak kena sign “borang kehadiran” bagai. LAGI SEKALI #kahwinKEmeetingNI?
7. Photobooth untuk tangkap gambar
Trend ni siap ada tempat nak ambik gambar pegang signage gambar Misai Wak Doyok ar, “Dah Kahwin” ar, “I’m Next” macam macam. Apa kaitan misai Wak Doyok ngan perkahwinan korunks ni weh?
8. Gambar kahwin
Sila rujuk point (1) sebab lebih kurang situasi dia dan malas gua nak ulas balik.
OK. Kita dah tengok Ke-hipster-an Transformasi Majlis Kahwin Melayu sekarang ni kan kan. Mai kita tengok lepas depa dah kahwin sok, Ada lagi penularan pengaruh hipster-hipster ni dalam institusi rumah tangga Melayu kita ni. Jom kita tengok:-
9. Baby shower
Hipster-hipster kita mula lar nak panggil orang ramai buat babyshower makan cokelat bagai. Hey! Baik lar ko buat kenduri doa selamat jer panggil tok imam bacakan doa. Sempoi jer. Nak tiru omputeh apa hal?
10. Photoshoot baby
HAAA! KO ambik ar gambar anak ko tu, letak kat dalam handbag mahal-mahal cam Tod’s ke, Fendi ke Chanel ke pastu ko post kat instagram hashtag ar #babyB #omeyOMEY.
11. 1st year anniversary
HAAA ni yang paling akhir ar. Lepas ko dah lalui liku-liku perkahwinan hipster anda tu. Jangan lupa untuk sambut setahun meredah badai hipster rumahtangga. Pergi ar bercuti kat #ParisImInlove ker pastu Insta jer hashtag #tilljannah. Macam lark o boley melompat ala-ala Tom Cruise ataih kerusi Oprah tu aih!
Nah, you're just salty.
BalasPadam