Header Ads

Loading...

LELAKI INI NEKAD BERHENTI KERJA DAN AKHIRNYA...

Loading...
Ekoran daripada keadaan ekonomi sekarang yang semakin tenat, tanggungjawab buat kaum lelaki menjadi lebih besar terutama bagi yang sudah berkeluarga. Betul tak?

Kali ini kami kongsi kisah lelaki ini yang mungkin boleh dijadikan inspirasi buat lelaki di luar sana. Jangan pernah rasa susah, bumi Allah ni luas. Inn sha Allah yang penting usaha.

LELAKI INI NEKAD BERHENTI KERJA DAN AKHIRNYA...

Jangan cakap susah
Aku dulu hanya technician komputer/networking/server pekak(low class) dkt kilang buat tin yg bergaji basic RM1500 sebulan tahun 2013 dengan diploma shj ditangan, lepas confirm keja 3bulan naik gaji rm200. so total gaji rm1700 tu pun bukan gaji bersih, tolak epf socso ada dlm RM1400+ ja sebulan. skop keja aku takdak OT dan tak boleh amek OT. mcm mana nak cari income tepi ? senak jugak pikiaq. masa tu xdak apa melainkan scooter ego s kesayangan utk ulang alik keja. aku accept keja sbb takda keja & sbb baru habis belajar, Alhamdulillah masa belajaq kt poli arau aku berjinak main camera nikon d3000 ( beli guna duit PTPTN loan 5k ) masa tu. sikit demi sikit belajaq. masa keja dok dengan mak & abah. aku cuma bantu bayaq duit elektrik & air ja. kadang2 beli barang dapoq utk mak. tiap bulan aku konsisten bagi duit belanja kat mak abah, ada job wedding lebih, aku bagi lebih kt mak abah. makin hari job wedding makin dpt sambutan, ok la dpt tampung belanja sikit & saving sikit. Kerja technician Isnin - Jumaat ( 8am - 6pm ) aku accept keja ni sbb boleh cuti sabtu ahad sebab nak buat partime. Balik keja rehat sat solat magrib semua. pukul 8mlm aku dh terpacak dpn laptop start editing gambaq wedding customer sampai 2-3pg. nuhh pukui 7pg nak mangkit p keja dh. bopa jam ja lena ? Sabtu & ahad kalau job full, dua-dua hari aku sibuk. kira 7 hari seminggu aku keja non stop, kadang sebulan 2-3kali demam sbb overload. Susah ? Penat ? yes memang penat. duit gaji & duit job wedding aku simpan untuk upgrade body camera sikit demi sikit. puluh ribu habis utk camera saja tapi mak & abah tak penah bising sbb depa paham keja aku. dh upgrade body camera & upgrade laptop yg lebih power utk mudabkan keja. jangan cakap la sbb penat keja sampai selalu terlena masa keja sampai kena marah dengan bos sbb curi2 lena dalam office T_T.. job makin banyak alhamdulillah.

Abah push suruh kahwin
Lepas tu aku pelan2 simpan duit nak beli keta satria cash. Pada masa sama abah push suh kawen. aku takmau sbb hang nak bawak anak bini naik ego s ka ? hujan panas ? bukan zaman la nak naik moto, aku simpan lagi duit. last sekali dapat jugak beli satria kodok harga 8k+ beli cash. saving time tu habis teruih. tak kira nk repair palabana lagi, keta seken besa la. Padahal member2 lain semua beli keta baru, honda la, myvi la, saga la, takpa. Aku mampu pakai keta satria cash ni ja, buruk pun buruk lah janji boleh bergerak & buat bleh buat keja. dlm masa sama aku dh plan nak kawen time tu, dah ada jodoh time tu, tp tak kekal lama ( mungkin aku naik satria cabok bukan myvi @ persona dan seangkatan ). xpa mungkin xdak rezeki. aku keja mcm biasa, tup2 jumpa wife aku skrg. time tu kenai2 ja. dia dok study lg time tu last sem. kenai bulan 10/2013 time tu. kawan sebulan ja aku tengok dia ok, terima aku seadanya. bulan 11/2013 aku bawak family jumpa mak ayah dia. so far approved wei, ketaq pala gak aku ni xdak harta apa pun keja kilang & buat partime tangkap gambaq kawen ja. takpala cuba nasib. Alhamdulillah dapat terima baik oleh keluarga mertua. Syukur. 

Wife buat part time bisnes online
Bulan 1/2014 kami tunang, buat majlis simple2 ja kt kampung. time tu duit ada saving dlm 3-4k ja ni pun gamble, lepas tunang kami sama2 simpan duit, mula plan nak nikah & sanding bulan 8/2014 lepas raya puasa, tp abah aku suh cepatkan nikah, kenduri takpa bila2 masa pun boleh, bincang punya bincang dua2 pihak setuju. dalam dok simpan duit kawen moto pulak dok rosak, tiap minggu belting ego s putus, sampai tolak moto, call member sana sini suruh amek tolak balik rumah. time tu amy Akim Korie la jadi mangsa tolak moto balik rumah. tq bro. aku kenang jasa ang.. masa tu jugak repair ego s pastu juai dan simpan duit sikit beli moto baru LC135 utk ulang alik keja. harap tak meragam lah sbb moto baru. tambah lagi 1 hutang nak bayaq moto bulan2 pulak dah, nak simpan duit kawen lagi. pening teroih, xdak moto nak p keja lagu mana. haha. jangan mohong la p keja balik keja hujan panas tu benda besa kalau naik moto, kena musim hujan, p keja basah, balik basah lencun. aku dah rasa semua tu. sampai menitik ayaq mata fikir nasib sampai bila nak naik moto mcm ni, sampai bila nak keja mcm ni. fikir dan fikir dan fikir. kami nikah 7/6/2014. dalam masa sama keja simpan duit tak ingat dunia, time ni jugak wife meniaga juai produk org ja, dr zaman dia study dok jd dropship sana sini, disebabkan wife pandai marketing & account kami sama2 buat bisnes online kt rumah masing2. alhamdulillah rezeki lebih sblm kawen dpt beli honda city baru. konon hadiah kawen la (padahai naik satria tu sampai lunyai akut stock meniaga). kami sanding bulan 10/2014 kedua2 pihak perempuan dan laki. fuhh settle kenduri lega. 

Berhenti kerja untuk fokus bisnes online
Rupanya ada lagi, time tu kami lari2 sat dok rumah mak mertua sat dok rumah aku. kira seminggu2 la gilir2. p keja sama2 time tu wife keja dekat felda dkt ja dgn office aku. Masuk kui 8pg balik kui 6ptg, balik keja terus p poslaju nak pos barang, beratoq punya panjang, paling cpt sampai rumah kui 7.30ptg maghrib dah. rehat sat aku sambung editing album wedding customer, yg wife pulak sibuk fokus meniaga online, bila aku habis editing album wedding, aku akn tolong wife packing barang utk pos kt customer esok hari. selalu tidoq dlm 3-4pg baru settle packing parcel. Dalam masa yg sama aku terfikir pasai insurans medical & life, kalau jd apa2 kat aku anak bini mcm mana ?? aku kena bertindak utk ambil insurans sbb kerja aku skrg main komputer,server, travel penang-kl-johor & banyak main dengan elektrik, risiko nak jadi apa2 kat aku tinggi. so proceed dengan insurans. sampai 1 masa wife ckp letih keja & bisnes online, time tu sales alhamdulillah lah ok. aku ckp jgn lagi sabar, aku kumpul duit then keluar dr rumah mak dan sewa rumah sendiri. apa barang rumah pun xdak time tu, sikit demi sikit beli barang rumah, tv, mesin basuh, peti ais, katil, sofa dll. cukup setahun wife benti keja kt felda utk fokus bisnes online. aku masih keja technician lagi time tu. sbb biasa la meniaga ada pasang surut, xpa biaq susah dlu senang kemudian. genap 2 tahun keja technician aku bincang dgn wife utk benti keja nak jd fulltime photographer wedding & bisnes online, wife terima dan setuju. kami benti keja tanpa pengetahuan parent. lepas 2 bulan benti baru habaq kt mak kata dh benti keja, dok meniaga. ramai jgk kecam aku ( ang bleh bagi makan ka anak bini benti keja ni, boleh bayaq duit keta bulan2 ka, sewa rumah lagi, bil itu ini lagi ) ok aku senyum. aku jawab in shaa Allah. Rezeki Allah bagi, kami usaha. time aku nak benti keja, bos cina nama Mr Khoo habaq " u btul ka mau resign ? u boleh survive ka diluar sana dgn meniaga ? " aku jawab i nak tolong i punya wife meniaga, kami cuba hidup utk meniaga. boss Mr Khoo & En. Syahrul approved. cuma kena bagi resign letter. Aku terfikir dan aku dah dapat ilmu masa keja technician, aku tahu serba sikit tentang account syarikat, production, supplier, networking bisnes, cara cina meniaga, aku kumpul semua ilmu tu dan develop utk company kami. lepas sebulan terus benti keja, masa ni la ketaq pala jugak, gila wei tanggungjawab semua atas pala, no more gaji montly, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak meniaga sehari takdak duit la jawab dia. 

Keluar produk sendiri
LELAKI INI NEKAD BERHENTI KERJA DAN AKHIRNYA...

Sehari demi sehari kami fikir utk majukan bisnes, lama kelamaan order makin banyak, parcel makin banyak kena hire staff utk packing parcel. Sebab aku pun sibuk dok editing & shoot wedding. so bahagikan masa lah. time ni jugak wife preggy anak 1st si seketoi oyis,dlm preggy 7-8bulan don atas lantai packing parcel sampai 1-2pg, bayangkan la susah mcm mana. lepas wife bersalin, kami plan utk next step. Lama kelamaan simpan saving dan keluar produk sendiri. Alhamdulillah dapat sambutan. Start dari situ kami buka BUTIK DAUN meniaga baju, tudung, blouse dll, kami hire lagi staff 2-3 org utl support kerja. So far sampai sekarang staff yang sama masih dengan kami. sikit demi sikit aset kami beli, lepas buka butik, nak bawak barang pulak susah, larat nk sewa lori, ok takpa aku juai satria dan beli hilux senang sikit angkat barang. online bisnes jalan mcm biasa & butik pun jalan mcm biasa. simpan lahi saving utk beli rumah, susah nak approved loan mula2, p tanya bank merata dah mcm pencacai dah. last sekali AM BANK approved loan rumah. syukur.. 


Berusaha mengembangkan bisnes, sabtu ahad shoot wedding
Lepas settle beli rumah, fikir lagi mcm mana nk kembang bisnes, sampai tahap skrg buka lagi sebijik office PROJECTLAB bukan juai baju ka apa ka, utk manager, account, production duk sana. biaq lebih selesa & sistematik. dlm 2-3 minggu lepas wife bunyi " dedy ingat nk beli keta idaman ibu la boleh tak " aku tanya nak beli keta apa ? komitmen kita dah tinggi skrg ni, wife jawab " Mini Cooper Countryman S, lawa la tengok " Aku jawab " ermm. okey nanti kita p tgk & test drive. klu dedy rasa ok, baru beli. aku paham, wife penat lelah keja wlupun duduk rumah, dia jaga anak, dia basuh baju, dia kemas rumah, dia jugak account company. Skrg wife preggy anak no 2, alhamdulillah. Aku cuba kira2 -+ sbb klu aku tak bagi beli keta tu mesti dia tak beli. Bila fikir wife dia bercita-cita sgt, aku approved. p show room test drive & bayaq booking truih masa tu jugak. dok selang 3-4hari loan approve. esok tu keluaq dah keta, Allah saja tau bila dapat tgk riak wajah wife happy dpt apa dia nak. Mungkin rezeki anak-anak kami. Skrg pun wlupun boss, aku tetap shoot wedding sebab ? boleh beli susu & pampers oyis. korbankan masa jumaat,sabtu,ahad utk shoot wedding. cuma aku tak ambil job gila2 mcm sebelum ni sbb komitment terlalu tinggi. anak kecik lagi, butik lagi, office projectlab lagi. skrg pun masih tidoq 3-4pg dok buat keja. ada jugak kadang buat beli borong barang direct dr china macam2 barang ni income geli2 ja, lepas bayaq duit keta bulanan ja. jadilah kan. . kiralah berapa kerja aku buat dalam sebulan. Tapi aku tak penah merungut, sebab aku yakin, aku usaha harini, kemudian hari akan ada hasil. AKU PASTI. Alhamdulillah. 

Cuba jadi selfish untuk terus maju kedepan
LELAKI INI NEKAD BERHENTI KERJA DAN AKHIRNYA...

Until now, kami cukup jaga hati kedua parent kami, tak kira family aku & mertua. Kami cuba bahagiakan depa. Tanpa doa & restu ibu bapa kita, buat la apa pun takkan menjadi. jadi yang terbaik, in shaa Allah, Allah akan turunkan yang baik2 utk kita. Aku bukan pro kerjaaan atau pembangkang, aku cuma fikirkan masa depan keluarga kecil aku, mak abah, dan keluarga mertua.takdak sapa akan ubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. hati kena kental bro. Set dalam kepala otak, aku ada tanggungjawab, kena bagi makan anak bini, kena kerja lebih utk tampung kos sara hidup. Jangan ingat kerja makan gaji atau meniaga tu cukup, cuba buat something yang boleh bantu kos sara hidup wlupun tak lumayan. Untung sikit lama-lama jadi bukit.Lupakan pasai minyak naik ka, palabana semua naik ka, kita mampu buat apa ? mampu kerja lebih ja. Nak harap BR1M ? buleh la tampung 1-2 bulan. lepas tu ? nganga. Cuba jadi SELFISH untuk maju kedepan tanpa sakitkan hati orang lain. Harta & duit memang takleh masuk kuboq, tapi dengan apa yg kita ada dapat bahagiakan orang yg kita sayang & bantu orang lain. Dengan apa yang kita ada jugak ada jalan untuk cari keredhaan Allah, sedekah, bantu anak yatim, bantu fakir miskin dan lain2. tak salah kaya, cuma jangan lalai dan jangan lawan perintah Allah. Cuba cari peluang yang orang lain taknampak untuk hasilkan sesuatu utk ubah kehidupan kita, itu sangat berharga. In shaa Allah berjaya dunia akhirat 😊. - Hamba Allah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.