Header Ads

Loading...

JOM BANCUH MILO SEDAP SEPERTI AIR MILO LORI

Loading...
Pasti kita semua tahu akan keenakkan rasa air milo lori yang selalu kita nikmati pada zaman sekolah dahulu, murid-murid akan beratur panjang menunggu giliran untuk mendapatkan segelas air milo yang akan diberikan.

Ramai tertanya-tanya adakah milo yang mereka gunakan lain seperti milo kita gunakan, kerana rasa milo berkenaan lebih sedap berbanding kita bancuh dirumah.

JOM BANCUH MILO SEDAP SEPERTI AIR MILO LORI

Seorang lelaki bernama Syahrin Yen Zaini telah berkongsikan cara membancuh milo dari pemerhatiannya dari pekerja lori milo membancuh air.

Resepi air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air..anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri..jangan tanya saya apa2 sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo..ok lah untuk memendekkan cerita..

8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
4 liter Air panas
4 paket Milo (1kg) total 4 kg
Ketulan Ais

Method:

Masukkan kesemua bahan kecuali ais dan kacau rata
Tuangkan bahan bancuhan tadi ke dalam bekas air
Masukkan ketulan ais

*kalau nak buat guna sekilo Milo resepi di atas bahagikan kepada 4 bahagian dan seterusnya lah..buat kira2 anda sendiri kalau nak kurang atau lebihkan bahan..perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..

saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori..mendapat diabetes..kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo..

Selamat Mencuba!!

 JOM BANCUH MILO SEDAP SEPERTI AIR MILO LORI

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.