ANDA AKAN KELIHATAN LEBIH TUA DARI USIA BILA MELAKUKAN PERKARA INI
Loading...
Pernah tak anda ditegur kelihatan lebih tua dari usia sebenar? Kebiasannya adalah disebabkan faktor genetik, tetapi ada juga beberapa faktor lain yang menjadi penyumbang kepada proses penuaan ini. Di sini kami kongsikan 8 kebiasaan yang patut anda elakkan untuk sentiasa kelihatan muda.
Diet Rendah Lemah
Ramai orang menghindari lemak kerana risau tentang masalah berat badan, sedangkan tubuh kita sebenarnya memerlukan lemak untuk mencegah kedutan. Asid lemak omega 3 sebenarnya sangat penting untuk mendapatkan kulit yang lembut dan rata.
Kesilapan dalam diet rendah lemak ini boleh mengakibatkan kulit kehilangan lemak baik yang diperlukan tubuh, secara langsung ia menjadi faktor penuaan pada kulit.
Minum Dengan Penyedut (Straw)
Tabiat ini patut dielakkan. Kami percaya minum menggunakan penyedut sudah menjadi satu kebiasaan, lebih-lebih lagi ketika minum minum di dalam tin atau kotak.
Minum menggunakan straw atau penyedut ini memaksa bibir anda bergerak dan bahagian sekitar mulut tertarik. Kebiasaan ini boleh menyebabkan bahagian bibir dan mulut mudah berkedut, hal yang sama juga kepada perokok. Jadi minum terus dari gelas lebih baik dari minum menggunakan straw.
Posisi Duduk
Ini juga perkara penting untuk diketahui. Duduk dalam keadaan posisi yang buruk boleh memberi kesan terhadap tubuh anda, contohnya seperti duduk dalam keadaan menyendeng di atas sofa.
Kebiasaan ini boleh menyebabkan otot dan tulang menjadi tengang. Kesannya, dalam jangka masa panjang tubuh anda akan membengkok. Kalau tak mahu cepat bongkok elakkan tabiat ini. Serius!.
Sinaran UV
Kerap terdedah kepada sinaran UV (ultra violet) juga boleh menyebabkan penuaan pada kulit. Anda boleh gunakan losyen pelindung matahari (sunblock) untuk melindungi kulit anda dari terkena sinaran UV, sabaiknya guna setiap hari walaupun cuaca mendung.
Penghawa Dingin (Air Conditioner)
Cuaca panas mendorong anda terdedah kepada penghawa dingin, tidak kira di pejabat, di rumah ataupun di dalam kereta. Terlalu kerap terdedah kepada penghawa dingin juga tidak elok. Ia boleh menyebabkan kulit anda cepat kering, jadi pastikan suhu bersesuaian dan tidak terlalu sejuk.
Gula
Ya, semua orang tahu gula memang membahayakan kesihatan tetapi ada lagi yang lebih bahaya dari gula, iaitu stress! Stress atau tekanan ini juga tidak baik untuk kesihatan tubuh kita.
Tahukan anda, makanan manis seperti coklat mampu mengurangkan stress? Jadi tidak salah sekali-sekali beri ganjaran untuk diri anda. Jika cara ini boleh mengurangkan tekanan, kenapa tidak?
Tonton Televisyen
Dalam satu kajian menyatakan setiap dari 1 jam daripada waktu yang dihabiskan menonton televisyen, harapan hidup kita berkurang sebanyak 22 minit. Pakar mentafsirkan iaitu ketika duduk di atas sofa. Jadi bangunlah setiap dari 1/2 jam dan berjalan kaki.
Kurang Tidur
Manusia bukan robot, badan juga memerlukan rehat yang secukupnya. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur setiap hari. Kurang tidur atau kurang rehat boleh menyebabkan anda lebih cepat terasa letih dan ‘pendek usia’.
Pakar menyarankan untuk tidur lebih cepat apabila badan anda terasa letih atau kurang bertenaga. Rehatkan badan anda secukupnya, tapi jangan pula terlebih tidur. Jangan lupa, tidur di tempat kerja di dalam waktu bekerja juga tidak baik untuk gaji anda.
Apa yang anda lakukan seharian secara automatik terkesan kepada tubuh, baik dari segi pemakanan, senaman dan juga aktiviti harian yang lain.
Tiada ulasan: