KALAU TAK NAK KENA CAJ DELIVERY BELI SENDIRI YE
Loading...
Bayangkan makanan-makanan sedap dan viral datang terus ke rumah anda tanpa perlu menunggu berjam-jam dengan pergi ke restoran / kedai yang menjual makanan tersebut. Indah bukan? Maklumlah, kalau satu servis atau makanan menjadi viral di media sosial, pasi ramai yang hendak membeli dan akibatnya terpaksa pula pelanggan berbaris panjang.
Seorang runner atau pemberi khidmat penghantaran makanan telah dituduh ‘tamak’, ‘nak cepat kaya’ oleh seorang pelanggan yang meminta dihantarkan sebungkus nasi goreng viral kerana mengecaj sebanyak RM 10. Bagaimanapun, runner itu, Izham Tarmizi, telah menulis penerangan tentang mengapa dia mengecaj sebanyak itu untuk servis penghantaran makanan viral tersebut.
Semalam saya telah diviralkan di dalam page makanan Delivery Pasir Gudang oleh seseorang.
Bagi yang tidak mengenali saya, saya hanya seorang runner yang boleh ditugaskan memudahkan kerja anda semua.
Maaf ya, tuduhan itu terlalu berat. Saya dituduh tamak, ambil untung cara mudah, nak cepat kaya, tak kurang juga ada yang memberi komen cacian.
Saya tak nak naikkan disini, nak dijadikan cerita, seseorang telah hubungi saya pada waktu petang untuk membeli Kentucky Fried Chicken (KFC) dan terus ke rumahnya pada waktu yang ditetapkan beserta resit pembelian.
Setelah selesai dia whatsapp saya semula untuk beri tugas membeli Nasi Goreng Kampung Lesung Batu yang viral di Tembikai itu.
Saya di Taman Air Biru terus ke Tembikai, dari pukul 5.30 ke 6.30 petang kedai itu tak buka lagi. Saya minta izin dia untuk jalan kerja lain dahulu, dalam pukul 8.00 malam saya suruh backup runner saya ke sana semula.
Bukan main ramai lagi kedai tu, hampir pukul 10.00 malam baru dapat. Setelah tugas selesai, saya dapati ada status yang seakan-akan kena dekat batang hidung sendiri.
Maaf ya, anda semua punca rezeki saya, tetapi janganlah sampai saya buat kerja berjam-jam untuk memudahkan tugas, ada yang labelkan saya tamak, nak cepat kaya.
Ramai runner di pasir gudang yang mengenali antara satu sama lain, rata-rata mengenakan cas yang sama.
Betul kata seseorang kami bukan Gdex, Pos Laju yang memakan masa beberapa hari, kami buat kerja on time. Saya bukan seller yang jual makanan yang amibil untung melalui makanan yang dijual.
Saya ambil upah beratur, nak dapatkan pesanan, minyak, masa.
Maaf ya (cuba suruh jiran tolong belikan KFC dan bagi upah RM 5 dia nak tak?) Saya dah pulangkan duit yang berkenaan tanpa ambil apa-apa upah pun.
Saya mintak halal ya, mana yang kurang. Maaf ya, buat karangan pulak. Tujuan saya cuma nak menjawab kisah yang diviralkan semalam saja.
Saya nak jaga periuk nasi saya dan keluarga. Tolonglah jangan viral-viral lagi, kan boleh bersua muka terus.
Pada pendapat kami, caj RM 10 amatlah berbaloi kerana runner menghabiskan berjam-jam untuk beratur bagi membeli makanan viral itu. Kepada pelanggan tersebut, sila jangan pentingkan diri sendiri. Masa itu emas, dan masa yang diluangkan beratur itu boleh mendatangkan pelbagai keuntungan lain tetapi sebaliknya dihabiskan dengan beratur bagi memenuhi selera makan anda. Maka wajar bagi runner tersebut mengenakan harga sebanyak itu. Janganlah amalkan sikap ‘nak makan best, nak cepat, dan nak murah’ bila nak makan makanan yang viral, kerana bukan anda seorang saja yang inginkannya.
Kalau nak juga, pergi beli sendiri, okay?
Sumber : Amazingnara.com
Tiada ulasan: