Selepas 7 Tahun Di Luar Negara, Lelaki Dedah 3 Masalah Pemikiran Orang Melayu
Loading...
Kata orang semakin jauh kita mengembara semakin banyak perkara baru yang kita nampak dan pelajari. Ini secara tak langsung membuka minda kita untuk berfikir dengan lebih luas menjangkaui apa yang berada di fikiran selama ini.
Tak mustahil lah sekarang ramai rakyat Malaysia mengembara ke luar negara bagi merasai sendiri keindahan alam dan keunikan budaya mereka. Dah ada pengalaman sendiri baru lah boleh bercakap kan? Jenis pemikiran orang Melayu menurut pemerhatian lelaki ini. Setuju?
1. Minda Binary
A general rule of thumb when speaking to Malaysians, particularly Malays.
Sepanjang 29 tahun saya hidup, hampir 7 tahun di negara Barat dan selebihnya di Malaysia, saya perhatikan ada masalah tentang pemikiran orang melayu. Selain daripada Minda Tertawan (yang diutarakan oleh Prof. Syed Hussein Alatas) dan minda neo-feudal (yang diutarakan oleh Pendeta Za’ba), orang melayu kebanyakkannya ada minda binari (binary mind).
A binary system is usually used for computing mathematical operations. It only uses 0 or 1. Likewise, people with a binary mind only see black or white, friends or foes, you or us. Deduksi pada otak mereka adalah, jik p maka q. Jika bukan p maka bukan q. Hidup mereka hanya ada hitam dan putih, tidak ceria dan riang ria seperti pelangi. Malah lebih teruk lagi, menurut Prof. Tariq Ramadan dalam bukunya The Quest for Meaning, ‘binary mind usually leads to dogmatic mind.’
2. Penuh dengan syakwasangka & racist
Dogmatic mind inilah salah satu punca besar kepada banyak masalah di dunia termasuklah kejatuhan tamadun Andalusia. Binary mind hanya melihat sama ada PAS atau ‘kafir’, khalifah atau kufur (demokrasi), bunuh atau dibunuh (rujuk ISIS). Contoh lain, apabila kita solidariti bersama mangsa keganasan di Paris, kita akan dituduh tidak bersolidariti bersama mangsa letupan di Turki. Ketika kita menyokong human rights, maka kita dituduh melawan Islam.
Ketika kita menyokong demokrasi, kita dituduh kufur dan melawan manhaj kenabian. Ketika kita menyebarkan kebaikan non-Muslim untuk mengurangkan persengketaan antara agama dan mengajak kepada keharmonian (li ta’arafu), kita dituduh inferior dan cenderung kepada kekafiran. I don’t know where people got this assumption. Ketahuilah orang berminda binary ini penuh dengan syakwasangka (su’uzzhon) dan racist.
3. Tak sedar mereka sakit, fikir selalu betul
Dan kerana binary mind inilah Malaysia bergolak dengan pelbagai masalah dan krisis. Binary mind ini melahirkan budaya takfiri dan ISIS. Masuk PAS atau masuk ‘neraka’. Feminisme, human rights, activisme semuanya kufur. Yang betul, suci dan ahli syurga hanyalah diri sendiri. Apabila manusia hanya melihat hitam dan putih saja, terlalu sukar untuk mengajak mereka melihat warna pelangi, merai dan menghargai keindahannya.
Dunia mereka yang hitam dan putih seperti TV black and white tahun 70-an. Memang ketinggalan zaman. Agak mustahil orang lain mampu mengubati orang berminda binary ini melainkan mereka mengubatinya sendiri. Kerana seringkali orang berminda binary ini tidak sedar mereka itu sakit dan membawa penyakit yang mampu meruntuhkan tamadun (seperti di Andalusia). Lebih teruk mereka sendiri tidak mahu diubati kerana selalu anggap diri mereka saja yang benar di dunia ini. Selain dari mereka adalah kufur dan jahil.
Hanya ada 2 ubat
Hanya ada 2 ubat untuk merawat binary mind ini. Pertama, membaca, membaca dan membaca. Sebab itu Prof. Tariq Ramadan kata, tujuan pertama iqra’ (wahyu pertama) adalah untuk melakukan anjakan paradigma mengubah mentality dan persepsi. Kedua, berjalan/merantau (membaca alam, manusia dan sosio-budaya).
Dengan membaca buku dan membaca alam, semoga dapat mengubati penyakit binary mind ini. Binary mind impedes further intellectual discourses and nation building. Sebab penyakit inilah susah untuk bercakap dengan kebanyakkan orang melayu, terutamanya di media sosial. Jika terjumpa orang-orang binary mind ini, tinggalkan saja. Delete komen mereka atau block mereka dari facebook. Jangan buang masa !!! - Mat Kuantum
Tiada ulasan: