Saksikan Rupa Lelaki Terhodoh Di Dunia Bersama Isteri Kedua Beliau
Loading...
Godfret Baguma, 47, yang digelar sebagai ‘Lelaki Uganda Paling Hodoh’ apabila berjaya membuktikan bahawa dia juga layak untuk dicintai dan memiliki pasangannya.
Apa yang menarik perhatian khalayak, Baguma bersama isteri barunya, Kate Namanda, 30, baru sahaja menimang cahaya matanya kelapan.
Baguma yang memilik paras rupa yang ‘unik’ memenangi gelaran tersebut pada tahun 2002 selepas menyertai satu pertandingan yang menawarkan sejumlah wang tunai sebagai menyara kehidupan keluarganya.
Sebelum perkahwinannya dengan Kate, Baguma mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Namun, perkahwinan tersebut berakhir selepas isterinya ditangkap curang dengan lelaki lain.
“Dia suka saya kerana mempunyai wang tetapi orang terus memberitahu (isterinya) bahawa dia boleh jadi lebih baik, jadi dia mula curang dengan lelaki lain,” katanya kepada sebuah portal berita tempatan.
Mengenai hubungannya dengan Kate, Baguma berkahwin pada tahun 2013 dan pasangan itu kini mempunyai enam orang anak selepas anak pertama mereka dilahirkan pada tahun 2008.
“Saya memberitahunya bahawa saya tidak memilih dan jika dia berasa saya membebankannya, dia bebas untuk meninggalkan saya,” katanya.
Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai seorang tukang kasut telah bertukar arah dengan menceburi ke dalam industri hiburan sebagai seorang penyanyi menggunakan keunikan wajah yang dimiliki beliau sebagai tarikan utama peminat-peminat beliau.
Tiada ulasan: