Header Ads

Loading...

Masjid Transgender Yang Pertama Di Dunia Di Indonesia

Loading...
SEPERTI umum mengetahui, Indonesia sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar dunia. 

Pun begitu, negara seberang ini ternyata mempunyai keunikan tersendiri apabila bersikap terbuka dengan menyediakan sebuah masjid khusus untuk golongan transgender yang terletak di Yogyakarta. 

Kewujudan majlis tersebut didedahkan umum menerusi saluran Channel 4 News.

Menurut Pengarah Madrasah, Shinta Ratri, golongan transgender yang datang ke masjid itu diajar mengenai ajaran Islam lapor Mynewshub.

Indonesia Sediakan Masjid Khas Untuk Golongan Transgender

“Kita juga mengajar masyarakat tentang siapa dan apa itu transgender bagi membolehkan mereka membuka minda untuk menerima transgender kerana semua orang itu adalah manusia,” katanya. 

Channel 4 News turut menunjukkan rakaman video golongan transgender menyertai pengajian dan melaksanakan solat secara berjemaah. 

Mereka sempat menemu bual seorang transgender di masjid berkenaan yang menamakan dirinya ‘Noor Ayu’. 

Noor Ayu akui adakalanya dia terlepas mengerjakan solat dan akan keluar pada waktu malam untuk mencari lelaki. 

Masjid Transgender Yang Pertama Di Dunia Di Indonesia

“Kita juga mengajar masyarakat tentang siapa dan apa itu transgender bagi membolehkan mereka membuka minda untuk menerima transgender kerana semua orang itu adalah manusia. 

“Saya tak rasa saya seorang yang sesat. Saya rasa saya seperti berada di jalan yang benar. 

“Saya rasa mereka yang kata saya sesat, mereka yang tak memahami,” katanya semasa di temuduga Channel 4 News. 

Sementara itu, seorang imam di Yogyakarta yang dikenali sebagai Abunda Faruk berkata, orang Islam percaya bahawa Allah menjadikan hamba-Nya mengikut kehendak-Nya. 

“Tetapi apa yang transgender lakukan adalah bertentangan dengan Islam. Lelaki yang berpakaian seperti wanita, wanita berpakaian seperti lelaki, perkara ini adalah dilarang dalam Islam,” katanya.

Masjid Transgender Yang Pertama Di Dunia Di Indonesia

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.