Header Ads

Loading...

Lelaki Berkopiah Pecah Cermin Kereta, Larikan RM30K

Loading...
VIDEO berdurasi 30 saat menunjukkan dua individu cuba memecahkan cermin sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna hitam kini mendapat perhatian netizen. 

Menurut pengguna Twitter Fatih Junior @Anemonjunior yang berkongsikan rakaman tersebut, kejadian berlaku di Masjid Bandar Tun Hussein Onn dan melibatkan kecurian wang berjumlah RM30 ribu lapor Mynewshub.


Lelaki Berkopiah Pecah Cermin Kereta, Curi RM30K

Rakaman menunjukkan seorang lelaki berkopiah putih dan rakannya yang menaiki Perodua Myvi berwarna kelabu, mengambil sesuatu dari dalam kereta Vellfire hitam berkenaan, selepas berjaya membuka pintunya. 

Turut kelihatan seorang penunggang motosikal yang berada di hadapan kedua-dua kenderaan itu seolah-olah tidak perasan kejadian yang berlaku apabila selamba berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian. 

Suspek dikatakan memecut laju kenderaan setelah berjaya mendapat apa yang dikehendaki. 

Bagaimana pun sejak video itu dimuat naik semalam, belum ada pihak dilaporkan tampil membuat aduan berkaitan kes tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.