Header Ads

Loading...

Lamborghini Ultra Centenario, Kereta Terpantas Di Dunia Berharga RM7.75 Juta (10 Gambar)

Loading...
LOS ANGELES, 13 Jun – Sebuah kereta Lamborghini Ultra Centenario buatan AS yang dikatakan terpantas dan paling jarang ditemui dipamerkan buat kali pertama kepada orang ramai di Muzium Automotif Petersen di sini kelmarin.

Kereta terbabit mampu bergerak dari 0 ke 99 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 2.8 saat dan boleh mencapai kelajuan sehingga 349km/j.

Lamborghini Ultra Centenario Dijual RM7.75 Juta
Sumber Gambar: TheVerge.com

Bagaimanapun, kereta berharga AS$1.9 juta (RM7.75 juta) itu dikeluarkan dalam unit terhad iaitu sebanyak 40 buah sahaja seluruh dunia.

Lamborghini berkenaan dinamakan sebagai Centenario sebagai pengiktirafan 100 tahun ulang tahun kelahiran pengasas syarikat itu, Ferruccio Lamborghini yang lahir pada 28 April 1916.

Centenario dilengkapi 776 kuasa kuda iaitu enjin paling berkuasa yang pernah dibina oleh syarikat itu selain menggunakan kerangka karbon fiber menyebabkannya ringan serta tampil dengan aerodinamik terkini.

Kereta mewah itu bagaimanapun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisinya terutamanya dari segi reka bentuk yang tajam pada bahagian hadapan dan sayap pintu. – Agensi

Lamborghini Ultra Centenario, Kereta Terpantas Di Dunia Berharga RM7.75 Juta

Lamborghini Ultra Centenario, Kereta Terpantas Di Dunia Berharga RM7.75 Juta

Lamborghini Ultra Centenario Berharga RM7.75 Juta

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.