Kisah Sebenar Jemaah Tumbang Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih Di Port Dickson
Loading...
PORT DICKSON, 9 Jun: Dakwaan satu klip video viral yang merakamkan seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia ketika menunaikan solat terawih di sebuah masjid di sini adalah tidak benar kerana wanita itu hanya pitam sahaja.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Eksekutif Masjid Jamek Abdullah Sijang, Muhammad Abu Dhiral Burhanuddin yang terkejut apabila rakaman CCTV itu viral dengan maklumat yang salah.
Menurut beliau, wanita 30-an itu rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu beberapa jemaah wanita lain pada jam 9.40 malam kelmarin.
"Dia yang pitam kemudian berehat sebentar sebelum menyambung solat Tarawih seperti biasa. Jemaah lelaki yang berada di hadapan tidak menyedari kejadian itu kerana tiada kekecohan berlaku.
"Kami kesal kerana klip video itu tersebar dengan maklumat yang tidak tepat," katanya di sini, hari ini.
Rakaman selama 51 saat itu memaparkan wanita berkenaan rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu jemaah lain dan tersebar dengan beberapa keterangan antaranya 'jatuh semasa solat Tarawih di Majid Jamek PD... Innalillah...' dan 'wanita meninggal ketika solat Tarawih'.
Tonton video Jemaah Tumbang Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih Di Port Dickson di bawah.
Tonton video Jemaah Tumbang Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih Di Port Dickson di bawah.
Tiada ulasan: