Header Ads

Loading...

Kisah Bagaimana Muhammad Ali Memeluk Islam Didedahkan

Loading...
SUKAN tinju dunia dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagenda apabila Muhammad Ali disahkan meninggal dunia, pagi tadi.

Ali yang dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat menghembuskan nafasnya pada usia 73 tahun, dipercayai kerana menghidap masalah pernafasan.

Pendedahan Kisah Muhammad Ali Masuk Islam

Beliau yang pernah menjadi peninju juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali sememangnya merupakan salah seorang tokoh sukan terbesar pada abad ke-20.

Dalam namanya sedang meningkat naik, Ali tiba-tiba mengejutkan dunia apabila memilih untuk memeluk agama Islam dan menukar nama asalnya, Cassius Marcellus Clay, Jr, pada tahun 1964.

Kisah Bagaimana Muhammad Ali Memeluk Islam Didedahkan

Pengumuman pertukaran agamanya itu didedahkan kepada umum buat pertama kali di arena gelanggang selepas Ali berjaya menjuarai heavyweight dunia menumpaskan Sonny Liston.

Kisah Bagaimana Muhammad Ali Memeluk Islam Didedahkan
Muhammad Ali VS Sonny Liston

Petukaran agamanya itu juga membuatkan ada yang menggelarkannya sebagai ‘Black Muslim’.

Ali yang awal merupakan mualaf ketika itu dikatakan mempunyai pegangan yang berubah-ubah terhadap Islam.

Namun, selepas itu Ali mula mendekati ajaran Islam dengan menyertai Nation of Islam, sebelum mengambil keputusan berada dalam aliran Islam Sunni pada tahun 1975, kemudian kepada mazhab Sufi pada tahun 2005.

Kisah Muhammad Ali Memeluk Islam

Sementara itu, ramai peminatnya percaya Ali memeluk Islam ekoran pengaruh rakan baiknya yang dikenali Malcolm X.

Malah, ada sumber yang memberitahu, lagenda itu menerima hidayah ketika menemani rakannya mendengar ceramah ajaran Islam.

Keyakinan Ali terhadap Islam semakin utuh apabila beliau merasakan agama itu tidak membezakan warna kulit, etnik, kekayaan dan semuanya sama di mata Allah SWT.

Kisah Muhammad Ali Memeluk Islam

Setelah pertukaran agamanya, Ali yang popular dengan gelaran ‘The Greatest’ meminta orang ramai tidak lagi memanggilnya sedemikian kerana mahu bersederhana seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

Sepanjang hayat, Ali sememangnya cukup terkenal dengan suara lantangnya demi mempertahankan isu-isu kaum, agama dan politik.

Awal Disember lalu, Ali sekali lagi memainkan peranannya menegakkan hak Islam apabila menyelar pendirian calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu menghentikan imigrasi umat Islam ke negara itu.

Kisah Muhammad Ali Masuk Islam

“Saya seorang Muslim dan tidak ada orang Islam mahu membunuh orang yang tidak bersalah di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia. Penganut Islam yang sebenar tahu bahawa keganasan yang kejam bertentangan dengan ajaran agama Islam,” ujarnya.

Sesungguhnya, insan bernama Muhammad Ali ini sukar dicari ganti dan akan kekal diingatan setiap peminatnya.

Semoga roh Muhammad Ali berada dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.