Header Ads

Loading...

Kaedah Merawat Ekzema Secara Tradisional

Loading...
Baru Tok Aki perasan yang cucu bongsu Tok Aki berusia 8 bulan mengidap Ekzema…Bahasa orang tua Ekzema ni adalah kulat pada kulit tidak kira pada wajah atau bahagian badan lain..

Tok Aki kesian tengok cucu Tok Aki..dah la rumah Tok Aki tiada pendingin hawa (Aircond)… Pengidap Ekzema ni tak boleh tahan panas atau haba..apabila berpeluh mereka akan rasa gatal dan menggaru..

Bahananya, kulit akan cedera dan Ekzema akan terus melarat di bahagian lain..

Cucu bongsu Tok Aki ni ada Ekzema pada kulit kepala bahagian dekat leher, leher, pelipat tangan dan bahagian alat sulit..

Kesian Tok Aki perhatikan, bila kepanasan cucu Tok Aki akan menangis, malah budak-budaknya bukan tahu, kerjanya menggaru.. pantang anak menantu tinggal sekejap, dia akan menggaru bahagian Ekzema hingga berdarah-darah…

Ada pernah satu masa tu, rumah Tok Aki terputus bekalan elektrik, cucu Tok Aki menangis-nangis sebab tak tahan gatal, nak beritahu tak tahu bercakap, terpaksalah Tok Aki, anak menantu bergilir kipas pakai surat khabar..

Itu pun kurang berkesan, nak mandikan selalu, cucu Tok Aki masih kecil, takut nanti penyakit lain pula yang datang..

Nak tak nak terpaksalah kipas tak henti supaya dia rasa nyaman.. Nasib baik juga Tok Aki punyai beberapa petua dari orang-orang lama untuk atasi Ekzema..Sekurang-kurangnya kurang sedikit bebanan anak menantu Tok Aki.

Ramai ibu bapa menghadapi masalah ini pada anak-anak kecil mereka. Justeru, Tok Aki nak kongsikan beberapa petua yang diharapkan berguna kepada semua..

Menerusi DuniaHerbs.com, kami kongsikan kepada anda 3 petua merawat Ekzema secara tradisional yang disarankan oleh Tok Aki.

Petua Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Petua 1: Kunyit

Tok Aki pasti ramai yang mengetahui khasiat kunyit terutama dalam merawat masalah kulit dan luka.

Untuk merawat Ekzema pada bayi atau kanak-kanak. Ambil kunyit hidup kemudian sapukan pada tempat Ekzema, Isya-Allah ia akan berkesan dalam merawat penyakit itu dan menyembuhkan luka disebabkan kesan garu.

Petua 2: Minyak Zaitun

Minyak Zaitun memiliki pelbagai manfaat, tidak hanya dapat menyedapkan masakan anda. Khasiat yang terdapat dalam Minyak Zaitun dapat mengurangkan keradangan.

Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu Minyak Zaitun pada bahagian Ekzema. Ia akan bertindak melembutkan kulit yang kering dan mengawal Ekzema.

Petua 3: Lidah Buaya

Banyak petua yang pernah Tok Aki kongsikan menggunakan khasiat Lidah Buaya atau Aloe Vera. Ternyata tumbuhan ini memiliki 1001 khasiat untuk pelbagai penyakit termasuk Ekzema.

Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu Lidah Buaya pada Ekzema. Amalkan sentiasa kerana ia ternyata memberi kelegaan dan merawat penyakit ini. Lebih mudah jika tanam sendiri pokok itu di rumah kerana tumbuhan ini amat mudah ditanam dan dijaga selain mudah membiak. Ia juga boleh ditanam dalam pasu bunga.

(Baca: Rawat Ekzema Kering Secara Semulajadi Dengan Mudah Dan Pantas)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.