Jururawat Lelaki Pukul Pesakit Wanita Minta Air (Video)
Loading...
RAKAMAN video berdurasi 44 saat menunjukkan seorang jururawat lelaki memukul dan menendang pesakit wanita yang mengetuk pintu meminta air minuman, kini tersebar.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hospital di Linli, Hunan, China pada 10 Mei lalu.
Setelah rakaman kejadian disebarkan media tempatan, hospital terlibat mengeluarkan kenyataan bahawa jururawat itu hanya kakitangan kontrak dan telah diberhentikan kerja lapor Mynewshub.
Menurut laporan, seorang pesakit wanita yang terus menerus mengetuk pintu untuk meminta air minuman telah membangkitkan kemarahan jururawat berkenaan, yang bergegas keluar dari bilik lantas memukul dan menendangnya beberapa kali hingga terlentang tidak berdaya di lantai.
Beberapa saksi yang melihat kekejaman itu dikatakan cuba menenangkan jururawat berkenaan namun dia terus memukul mangsa.
Pesakit wanita yang dipukul itu mempunyai masalah mental dan menghidap sawan.
Mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di hospital sama dan berada dalam keadaan stabil.
Tonton video Jururawat Lelaki Pukul Pesakit Wanita Minta Air di bawah.
Tonton video Jururawat Lelaki Pukul Pesakit Wanita Minta Air di bawah.
Tiada ulasan: