Gadis Minta Keluarga Pinangkan Lelaki Pilihan Hatinya, Namun Ditentang Ibu. Rupa-Rupanya Lelaki itu..
Loading...
Setiap apa yang terjadi dalam kita sudah ditetapkan, jodoh pertemuan yang berlaku selama ini sebenarnya telah tertulis sejak kita kecil lagi dengan kehendak Tuhan.
Memang apa yang terjadi kadang-kadang begitu perit dan susah untuk dilupakan, tetapi apa yang terjadi itu sudah pasti ada hikmah disebaliknya.
Admin kongsikan kali ini kisah seorang wanita yang cukup tabah dan kuat menempuhi kehidupannya walau begitu kecewa dengan apa yang berlaku kepadanya.
Segalanya bermula apabila cinta pertamanya berputik sukakan seorang lelaki dan lelaki itu tidak tahu, namun dia telah meminta kepada keluarganya untuk meminang lelaki berkenaan tetapi ditentang oleh ibu kerana malu jika ditolak.
Namun apa yang terjadi selepas itu amat menyedihkan.
Jom kita baca.
Kak long aku ni umur dah 34 tahun. Abang-abang and kakak-kakak aku yang lain semua dah beranak pinak. Tapi dia tak kahwin2 lagi.
Tp ada benda aku kagum kat kaklong aku ni dia seorang yang tabah.
Kak lang aku yg cite benda ni kat aku tu pon lepas aku duk desak nak tahu pelik ah kenapa kak long tak kawen2.
Dlu masa kak long umur 22 tahun kak long ada suka someone ni. First time la dia suka lelaki. Selama ni dia fokus kat family belajar and kawan2 sebab dia jenis tak biasa dgn lelaki. Masa tu dia tahun 2 kat uni. Dia x luah sbb lelaki senior kos dia.
Sampai kaklong habis belajar masa tu kaklong umur 24 tahun. Kaklong nak sambung master kat UK masa tu umur kaklong dah 25. Lepas tu 2 bulan sebelum dia terbang, dia mnta abah dgn mak pinangkan lelaki tu untuk dia.
Mak tak nak ! Mak malu katanya kalau kena tolak.
Tapi abah sudi tlg kak long.
Kakak2 aku yg lain pon ok sebab kesian kat kaklong simpan perasaan dia.
Mak beria larang.. dia xnak abah pergi juga sampai bergaduh mak dgn abah.
Lps tu kak long kata, takpe lah. Lupakan je . Dia xnak sebab kisah cinta dia mak dgn abah gaduh. Kak lang kata dia tahu kaklong kecewa sgt. Sebab lepas tu kaklong terus masuk blk and x buka pintu sampai esok walaupun sepatutnya kakngah sebilik ngan dia.
Lepas tu kak long pergi belajar kat UK. Dia ada amik anak angkat sorang sebab nak hiburkan hati dia sorang2 kat sane nnti. Lepas tu masa bulan puasa kak long balik malaysia. Masa tu umur kaklong dah 26. Kak ngah aku dah ada anak 1 masa tu. And abg aku dah tunang dah. Mak tanya kaklong taknak kawen ke ? Kaklong senyum je. Kaklang kata dia tahu kaklong kecewa.
Abah aku jumpa kaklong. Tanya nak tak kalau abah pinangkan lelaki tu untuk kaklong ? Kaklong geleng. Dia dah redha. Yg penting abah tak gaduh dgn mak. Masa tu mak terdengar.. dia rasa bersalah ngan kaklong.
Masa raya ke7 mcm tu.. mak jumpa semua org. Adik beradik kitorang semua. Tanya pasal kaklong. Semua setuju pergi pinangkan lelaki tu. So mak aku terpaksa beralah lah walaupun dia malu sebenanya.
Kitorang pergi rumah lelaki tu. Pergi sampaikan hasrat kaklong yang dah lama terpendam. Keluarga lelaki tu baik. And dia tolak pinangan kaklong sebab dia kata lelaki tu akan kahwin hujun bulan ni..
Balik tu abah yg jumpa kaklong..abah pujuk kaklong. Dia xnangis siap blh senyum lagi.
Dia kata "abah jangan sedih kalau along x kahwin. Mungkin Allah nak along jaga abah dan mak. Kumpul duit banyak2 bawak abah mak jalan2. Allah nak bg along pahala banyak sgt bah. Jgn sedih ya.. along syg abah""
Abah aku menangis masa peluk kaklong. Adik beradik aku yg tgk masa tu semua menangis termasuk mak.
Seminggu kemudian. Lelaki tu call kaklong. Xtau mana dia dpt no kaklong tapi dia nak jumpa kaklong.
Lepas dia jumpa lelaki tu, kak lang kata kali pertama dia nampak Kak long MENANGIS teresak2. Dia terus peluk mak nangis teresak2. Dia x boleh bercakap sampai semua org jadi takut. Abah terdiam..mak hanya sapu belakang kaklong sambil mak pon nangis.
"Kenapa mak ? Kenapa semua ni terjadi pd along?"
Itu je kaklong cakp dr awal. Mak nangis je. Lepas dah reda.. baru kaklong buka cerita.
Lelaki tu jumpa kklong. Dia tanya sejak bila kklong suka dia. Kaklong cakap la dah lama. Masa zaman belajar. Lepas tu lelaki tu tanya mcm mana sambung master okay tak ? Dia kata anak angkat kaklong comel. Nama dia tasya kan ? Umur 2 tahun kan ?
Kaklong terdiam. Lps tu dia pelik mcm mana lelaki tu tahu semua psl kaklong sdangkan kaklong x pernah berhubung dgn dia. Rupanya dia kata dia suka kaklong masa dia ternampak kaklong grade.
Kaklong sama batch dgn adik dia and kaklong taktahu pon benda tu. Lepas tu dia ada try nak dptkan kaklong tapi dia takut kaklong x suka dia nak2 bila dia tahu kaklong nak sambung belajar.. so dia fikir kaklong mngkin ada perancangan hidup sendiri.. dia rasa takde jodoh jd dia lupakan kak long dan cari perempuan lain.
Dia tak sangka kaklong suka dia dah lama. Dia terkejut bila makayah dia bgtahu kaklong pinang dia. Dia nak batalkan kahwin dia pon xleh.
Mak paling rasa bersalah. Kalau lah sebelum kaklong gi UK mak tak berdegil mesti kaklong dah kahwin ngan lelaki tu. Tp sbb mak malu sgt. Last2 kaklong melepas. Tp itu jodoh . Tp smpai skrang mak xpernah sebut psl jodoh dpn kaklong. Sbb mak rasa bersalah ngan kklong
Kalong redha. Sejak haritu hati kaklong xpernah terbuka untuk sapa2. Ada je org pinang. Tp dia kata dia xnak menghukum org lain. Dia xnak menipu org lain sdngkan hati dia mmg xleh terima sape2.
Dia kata bkn x terima takdir.. tapi takdir mngkin dah tertulis mcm ni.
Anak angkat kaklong pon dah besar. Sampai kaklong dah amik 3 org lagi anak angkat and aku tgk kaklong bahagia dgn anak2 dia. Amenn ya Allah.. kau tuntunilah kebahagian untuk kaklongku. Dia selalu redho dgn takdirmu sehingga kkdang kami sendiri tak pasti adakah dia xpernah rasa penat dgn hdp ni ?
Sesungguhnya bukan wajahnya sahaja cantik tapi akhlak sikap dan sifatnya juga cntik. Masa aku dgr cite ni berjurai airmata aku. " - LuahanUM13975
Tiada ulasan: