Fakta Menarik Tentang Pesawat Terbesar Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu
Loading...
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kehadiran pesawat terbesar di dunia Antonov An-225 Mriya yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.
Pasti ramai yang nak tahu apa yang menarik sangat dengan kapal terbang ini? Di bawah kami senaraikan 5 fakta menarik tentang pesawat yang bapak besar ni.
1. Mriya jika diterjemahkan secara mudah bermaksud ‘Impian’, dan hanya ada sebuah ‘Impian’ di dunia pada masa ini.
2. Pesawat ini dibina pembina kapal terbang Ukraine, Antonov ketika era Perang Dingin pada tahun 1980-an. Ia bertujuan mengangkut kapal angkasa lepas ‘Buran’ bagi program penerokaan angkasa Persekutuan Soviet.
3. Selepas tamatnya Perang Dingin, pesawat ini tidak bergerak selama lapan tahun akibat kekangan kewangan. Selepas itu, ia ‘lahir semula’ sebagai pengangkut kargo terbesar di dunia.
4. Kos operasinya sangat tinggi. Pada tahun 2004, kos menerbangkan sebuah serombong asap dari Billund, Denmark ke Kazakhstan mencecah USD300,000.
5. Ia mampu mengangkut 1,500 manusia pada satu masa – hampir tiga kali ganda kapasiti kapal terbang penumpang terbesar dunia.
Tiada ulasan: