Baru 1 Jam Dipamer, Lego Bernilai RM63,000 Berkecai Gara-Gara Budak
Loading...
CHINA, 2 Jun: Selepas mengambil masa 3 hari 3 malam untuk menyiapkan lego watak filem Zootopia, hati artis muda yang membina lego tersebut berkecai bersama lego yang bernilai RM63,000 itu ditolak oleh seorang budak pada Ahad.
Gambar kiri: Artis muda yang membina lego tersebut. Gambar kanan: lego itu berkecai. |
Lego setinggi 1.8 meter itu baru sahaja sejam dipamerkan di ekspo Lego di Ningbo.
Dalam kejadian itu, seorang budak berusia 4 tahun itu meletakkan tangannya di atas lego itu dan secara tidak sengaja tertolaknya ketika bergambar.
Akhbar China melaporkan, ibubapa kanak-kanak tersebut telah pun memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi tetapi artis muda itu enggan menerima dan berkata kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.
"Kanak-kanak itu tidak berniat untuk memecahkannya," katanya, menurut CCTVNews.
Artis itu juga berkata: "Banyak usaha diperlukan untuk membina arca itu, terutama pada bahagian mata di mana saya terpaksa menukarnya banyak kali.", lapor mStar Online.
Proses Lego itu disiapkan:
Tiada ulasan: