Apa Yang Ditemui Dalam Peti Sejuk Misteri Ini Amat Mengejutkan
Loading...
Gempar apabila tersebar berita seorang perempuan telah membeli peti ais terpakai daripada jirannya yang dijual dengan harga Rp400 ribu (Rm 122) tapi bila dibuka rupanya ada sesuatu yang ganjil di dalam peti ais tersebut.
Kisah ini bermula apabila wanita tersebut telah membeli peti ais murah dari jirannya, Namun apa yang peliknya ialah, jiran tersebut telah berpesan kepadanya agar tidak membuka peti ais tersebut dalam tempoh 3 minggu kerana ia perlu untuk proses penyejukan kerana peti ais tersebut baru di baiki.
Memang bunyinya agak pelik dan aneh, tapi wanita itu terpaksa akur dengan mengikut permintaan jirannya itu demi untuk kebaikan peti ais tersebut. itu.
Namun demikian wanita mula rasa sangsi dan curiga, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan peti ais tersebut kerana diberi tempoh masa yang cukup lama untuk penyejukkannya.
Maka wanita tersebut nekad untuk membukanya dan ia langsung terkejut ketika melihat ada potongan tubuh manusia di dalam peti ais tersebut.
Potongan tubuh manusia itu disyaki milik ibunya. “Dia menjual peti ais dengan mayat ibunya di dalam peti tersebut yang sudah membeku,” katanya memetik laporan Tribunnews.com.
Hasil siasatan polis mendapati terdapat potongan anggota tubuh manusia yang lain di rumah jirannya itu. Namun, jirannya sudah dapat menghidu kegiatannya telah terbongkar lalu dia sudah cabut lari lebih awal lagi tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Tiada ulasan: