Walau Masuk Hospital, Cikgu Ini Masih Gigih Menanda Kertas Pelajarnya
Loading...
Ziarah Ibu Mertua di Hospital Besar Ipoh, disebelah katilnya melihat seorang guru tekun dengan menanda kertas jawapan pelajar. Sempat bertanya khabar, beliau beritahu kertas jawapan itu terpaksa dihantar esok.
Bila ditanya tiada guru yang lain mengajar subjek sama, beliau berkata beliau seorang saja mengajar kerana subjek Bahasa Tamil. Saya dan Isteri keluar dari wad dalam pukul 11.30 pm beliau masih lagi menanda kertas jawapan tersebut.
Itulah pengorbanan seorang guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Siapalah kita untuk merendahkan pengorbanan seorang guru. - Khairuddin Hj Md Isa
Tiada ulasan: