Van Damme Contohi Cara Makan Rasulullah SAW Untuk Sihat
Loading...
LOS ANGELES – Aksi lincah dan lasak aktor terkenal Jean Claude Van Damme dalam filem-filem Hollywood pasti selalu menimbulkan keterujaan ramai peminat genre lagak aksi dan pengikut seni mempertahankan diri.
Kini walaupun dianggap sebagai seorang warga emas apabila sudah berusia lebih 55 tahun, keadaan fizikal dan mental pelakon kacak kelahiran Belgium itu memang mengagumkan sesiapa sahaja yang melihat aura dirinya.
Dikenali sebagai pakar seni mempertahankan diri, Van Damme rupa-rupanya ada rahsia unik menjaga kesihatan diri. Menurut laporan berita tempatan, beliau sendiri suka memilih makanan yang digemari Nabi Muhammad SAW lapor Mynewshub.
Tidak cukup dengan itu, Van Damme dalam satu wawancara eksklusif dengan sebuah stesen televisyen Turki baru-baru ini juga mengakui beliau malahan banyak meniru amalan sunah cara makan baginda Rasulullah SAW.
Menurut Van Damme, utusan junjungan Allah SWT bagi penganut Islam sejak 14 kurun itu sebenarnya seorang manusia yang sangat bijak kerana mengetahui apa yang baik dan buruk untuk masa depan umat manusia.
“Nabi Muhammad SAW sangat bijak. Baginda tahu apa yang baik untuk masa depan, tentang tubuh manusia. Justeru lihatlah itu. Jangan tanya saya dan percayalah (sunah Nabi) ada apa yang anda perlukan,” kata beliau lagi.
Van Damme terkenal di seluruh dunia kerana banyak berlakon dalam pelbagai filem aksi. Beliau mempelajari karate ketika berusia 12 tahun dan pernah mewakili negaranya dalam kejohanan seni bela diri peringkat antarabangsa.
Menurut laporan portal berita tempatan, Van Damme mengulas rahsia hikmah di sebalik makanan kegemaran Rasulullah SAW iaitu roti, gandum, minyak zaitun, kurma dan sedikit daging.
Tiada ulasan: