Tiket Kapal Terbang Termahal Di Dunia Berharga RM151,981
Loading...
Laman pemeringkatan syarikat penerbangan antarabangsa, Airline Ratings menobatkan Air New Zealand sebagai Syarikat Terbaik Dunia 2016 dengan Airline Excellence Awards. Namun untuk urusan paling mewah dan mahal, pemenangnya adalah Etihad Airways.
Syarikat penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu ini mengeluarkan tiket pesawat paling mahal di dunia. Untuk laluan New York-Mumbai, India, penumpang harus membelanjakan kira-kira $AS 38 ribu setara RM 151,981 (anggaran kadar RM 4.00 per dolar AS) untuk sekali perjalanan.
Memetik Daily Mail menyatakan untuk perjalanan pergi-balik dengan laluan ini dan sekali transit di Abu Dhabi, harga tiketnya mencapai USD76 ribu alias RM 303,962 lapor Daily Mail.
Tapi anda yang berminat tidak perlu rasa rugi. Kerana syarikat yang namanya tersemat di jersi Manchester City ini, menyediakan kemudahan eksklusif bernama The Residence.
The Residence terdiri daripada tiga bilik penthouse dengan kemudahan pelayan peribadi, tukang masak, dan pengasuh anak. Selain itu terdapat ruang tamu, bilik tidur, dan bilik mandi di dalamnya.
Untuk ruang tamu, terdapat televisyen skrin rata sebesar 32 inci, sofa kulit, dan meja makan. Menuju bilik tidur terdapat tilam empuk dengan linen halus dari Itali dan televisyen 27 inci. Nah, bagi anda yang ingin bersolek, terdapat bilik mandi, tempat dandan dan dapat mengeringkan rambut.
Dan anda boleh menggunakan kemudahan tersebut sepuasnya, sebab perjalanan dari Lapangan Terbang JFK International Airport, New York menuju Chhatrapati Shivaji di Mumbai memakan masa 19-21 jam. Lamanya perjalanan tentu akan membuat penumpang rasa bosan, sehingga Etihad mengatasinya dengan kemudahan mewah.
Bagi anda yang ingin merasai sensasi ini, boleh membeli tiket melalui perkhidmatan eksklusif. Pemandu khas akan melayani anda dari dan ke lapangan terbang, check-in yang berasingan daripada penumpang lain, menikmati private lounge, dan pelayan peribadi.
Khusus untuk tiket eksklusif ini boleh didapati di pesawat Airbus A380-800. Pesawat saiz jumbo ini mempunyai kapasiti 500 penumpang dan ruang kelas ekonomi untuk 451 penumpang.
Sebagai satu-satunya yang menyediakan kemudahan mewah ini, Etihad akan membangunkan The Residence untuk laluan penerbangan London-Melbourne, Australia, pada 1 Jun akan datang.
Tiada ulasan: