Header Ads

Loading...

Telan Ikan Emas Hidup-Hidup, Remaja Kena Denda (Video)

Loading...
SEORANG remaja didakwa kerana bertindak luar kawalan apabila sanggup menelan seekor ikan emas hidup-hidup sambil disorak kawan-kawannya.

Alexander Mackey, 21, melakukan aksi itu di pusat hiburan Goose Fair yang terletak di Tavistock, Amerika Syarikat, Oktober tahun lalu lapor Mynewshub.

Remaja Telan Ikan Emas Hidup-Hidup Didenda

Jelas Mackey kepada sebuah portal, dia dalam keadaan mabuk sewaktu melakukan aksi tersebut selepas menghabiskan tujuh tin minuman beralkohol.

Melalui klip video berdurasi 29 saat, Mackey dilihat memegang seekor ikan emas sebelum bertindak menelannya sambil digelakkan kawan-kawan.

Telan Ikan Emas Hidup-Hidup, Remaja Kena Denda

Telan Ikan Emas Hidup-Hidup, Remaja Kena Denda

Klip video yang dimuat naik di laman Facebook seorang rakan Mackey itu, mendapat perhatian pihak Pencegahan Penganiayaan Haiwan Royal Society (RSPCA).

“Tindakan merakam dan memuat naik aksi tersebut di Facebook menyebabkan pihak RSPCA terpaksa masuk campur setelah mendapat aduan,” kata jurucakap RSPCA, Lindi Meyer.

Mackey didakwa melakukan penyeksaan terhadap haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2006.

Susulan itu dia diarahkan membayar denda £752 (RM4,501.17) dan dilarang memiliki atau memelihara ikan selama lima tahun.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.