Header Ads

Loading...

“Saya Geli Tengok Isteri, Tak Terurus Dan Berbau Bawang” - Suami

Loading...
Tersebar di laman sosial Facebook di page Kisah Rumah Tangga mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.

Berikut adalah tulisan suami berkenaan.

Suami Disekolahkan Netizen Gara-Gara Mengadu Geli Tengok Isteri, Tak Terurus Dan Berbau Bawang
Gambar hiasan.

Assalamualaikum, nak tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya yang bekerja.

Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.

Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan.

Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan ‘touching’ bagai, “adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?”

Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri, “Urus anak pandai pulak kan? urus diri sendiri tak boleh?”

Saya sudah tak tahu nak kata apa, dia punya cemburu bukan main kuat, saya malas nak layan kadang-kadang tu, tolong la saya, dah tak tahu nak buat apa, umur muda lagi, baru 26 dan macam apa saya tengok. diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada.

Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.

Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.

Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti ‘menusuk kalbu’ hati suami berkenaan.

Salam tuan tanah..saya sendiri lelaki dan mempunyai ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.

Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat rawatan badan dan dirinya..3 hari je tuan..tuan cuba bangun pagi membasuh memasak sarapan uruskn anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3 orang anak yang kecil2 tu,beli barang-barang segar masak special untuk isteri tuan masuk tengahari masak tangahari urus aanak lagi berak kencing menangis makan mandi.

Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering,kemas rumah lagi yang di sepahkan oleh 3 anak tuan..uruskan anak lagi yang tak habis nak mkn nak main nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner.

Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh jugak anak menangis nak susu anak menangis nak tukar lampin.. 

Ok lepas 3 hari tuan komen balik kat sni ape terjadi..pada anak-anak pada makanan pada keadaan rumah.dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sni..tangungjawab tuan adalah melindungi isteri beri keselesaan pada isteri dan ank-anak. 

Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.a pe yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah menringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu..tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah.

Lebihkan pembelanjaan untuk isteri tuan berhias, kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila malam sebelum tido insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja.

Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.

Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah. Tapi penat jadi suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5-6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak anak menangis minta dukung. Masak la sambil dukung. Letak depan tv, anak yang besar lanyak adik..dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang2 tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dgn tenang. Kalau gak, baru nk gosok gigi anak dah melalak mcm ape kat luar bilik air. Memang la boleh main hp sebab anak ni bijak, time kita duduj diam dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila gerak sikit, dia mula perangai. Tp kat kepala isteri tu macam2 kerja nak kena buat. 

Lagi 1, dia merungut tu bukan ape, sebab dia nak bercerita. Dia kat rumah dgn anak2 tak de kawan nak dengar cerita dia. Ape salahnya dengat cerita dia..luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam.. Lama2 boleh stress tau tak. Lagi 1, nak tanya la…malam2 anak nk menyusu siapa yg bangun? Suami ke isteri? Anak kecik ni kadang2 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang2 bergilir bangun. Agak2 bila masa isteri nak cover tido? Waktu siang? Ingat boleh cover ke dgn anak kecik lagi. Sorg tido sorang lagi jaga…kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya. 

Fikir la encik…jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, family planning la. Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat anak..tolong jaga anak tak tau. Isteri penat mengandung 9 bulan.. Jaga anak lagi. Budak ni, selagi tak umir 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak rapat mcm tu…saya rasa sangat simpati. Maknanya dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat encik…penat

Apapun, hargailah isteri kita, terima kekurangan dan kelebihannya. Jika kekurangan itu boleh diubah, didiklah dia kerana kita ketua keluaga yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah. Sayangilah dia sepenuh hati.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.