“Saya Digelar Bangsat, Pencuri Harta Rakyat Kedah” - Datuk Aliff Syukri
Loading...
PETALING JAYA – Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menolak rancangan tajaan berjumlah RM30 juta dari pihaknya secara bulat-bulat tanpa sebarang alasan.
Lebih hangat, timbul ura-ura menyatakan penolakan itu berpunca gara-gara Aliff bersikap tamak menginginkan tanah milik Kedah.
Terasa terhina dengan dakwaan itu, Aliff menafikan perkara tersebut dan memberitahu pihak KFA sendiri yang menawarkan tanah tersebut untuk dimajukan lapor Mynewshub.
“Tanah tersebut adalah cadangan usahasama dan bukan menjadi hak milik saya, sebaliknya memberi manfaat kembali pada rakyat Kedah.
“Namun tiba-tiba mereka menolaknya tajaan saya tanpa sebarang perbincangan.
“Malah,ada segelintir warga negeri itu turut tergamak mengeluarkan ayat bahawa niat murni saya hanya akan menyebabkan harta rakyat kedah tergadai,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar di Wisma D’Herbs di sini sebentar tadi.
Semalam, laporan menyebut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah sebagai berkata, KFA terpaksa menolak penajaan dari pihak D’herbs kerana tidak mahu hak rakyat negeri itu tergadai.
Walaupun beliau tidak menyatakan secara langsung apakah hak tersebut, tetapi banyak pihak merasa ia merujuk kepada sejumlah tanah yang dipohon pihak Aliff sebagai ganjaran atas kesediaan menaja pasukan Kedah.
Tambah Aliff, kenyataan itu telah membuatkan orang ramai memandang serong kepadanya hingga menganggap dirinya bangsat.
Mengikut perancangan, Tanah Bandar Sejahtera, Pokok Sena seluas 60 hektar itu bakal dimajukan bersama kerajaan negeri Kedah untuk mewujudkan Bandar D’Herbs, taman tema, taman herba dan zoo.
Dalam pada itu, Aliff turut memberitahu dia tidak teragak-agak menfailkan saman malu sekiranya pihak KFA berterusan memberi kenyataan yang boleh menjatuhkan maruahnya lagi.
Tiada ulasan: