Header Ads

Loading...

“Saya Dan Suami Dua Kali Berzina Tukar Pasangan Dengan Rakan Kami Sendiri” – Laila

Loading...
“Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri. Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman ‘jahiliah’ lebih lima tahun lalu.

“Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan,” kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan. 

Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi lapor Harian Metro.

Pengakuan Isteri Dua Kali Berzina Tukar Pasangan Dengan Rakan Sendiri

Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam. 

“Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasra mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah. 

“Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil,” katanya.
Menurutnya, sejak itu, dia mula menyimpan perasaan mahu berubah menjadi insan yang lebih baik. 

Katanya, tiga bulan selepas rakannya memeluk Islam pada 2011, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya. 

Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ia hanya sementara. 

“Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mentua memberi sokongan penuh untuk saya berubah. 

“Selepas itu, saya mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni Tuhan,” katanya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.