Header Ads

Loading...

Rapat Dengan Fasha Sandha, Aedy Ashraf Dakwa Kena ‘Tegur’ Jejai

Loading...
GARA-GARA berkawan rapat dengan Fasha Sandha, pelakon Aedy Ashraf, 23, mendakwa pernah ditegur bekas suami aktres popular itu, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli.

Menurut Aedy, dia tidak pernah menganggap Fasha lebih daripada seorang kawan, malah mereka saling membahasakan diri sebagai adik dan kakak lapor Mynewshub.

Aedy Ashraf Kena ‘sound’ Jejai Akibat Rapat Dengan Fasha Sandha

“Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha.

“Sebenarnya saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam drama bersiri Lara Aishah,” katanya, seperti disiarkan BH Online.

Penjelasan Aedy ini timbul bagi mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia ‘diserang’ Jejai dalam satu kejadian, baru-baru ini.

Ketika ‘diserang’ Aedy dikatakan sedang berbual bersama Fasha dan beberapa kenalan lain, sebelum didatangi Jejai. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.