Header Ads

Loading...

Pramugari Egypt Air Kongsi ‘Firasat’ Sebelum Ajal Di Facebook

Loading...
TIADA siapa yang mahu meninggal dunia dalam keadaan mengerikan lagi tragis.

Namun, seorang pramugari yang maut dalam nahas pesawat EgyptAir baru-baru ini seakan-akan tahu nasib kematiannya sendiri, apabila memuat naik gambar pesawat terhempas di laut menerusi laman sosial, dua tahun lalu.

Samar Ezz Al Deen, 27, memuat naik gambar tersebut melalui laman Facebooknya pada September 2014, iaitu selepas empat bulan dia memulakan tugas di syarikat penerbangan kebangsaan Mesir itu lapor Mynewshub.

‘Firasat’ Pramugari Egypt Air Sebelum Maut Di FB

Gambar tersebut jelas menunjukkan seorang pramugari berjalan atas air dengan pakaian basah kuyup sambil menarik bagasi. Sementara di belakangnya kelihatan sebahagian badan sebuah pesawat terhempas di lautan.

Menurut laman Gulf News, rakan Samar yang dikenali sebagai Tamer Abdou turut menulis, gambar tersebut dilihat dimuat naik di Facebook pramugari tersebut sebanyak empat kali.

“Beliau mempunyai firasat akan meninggal dunia dengan cara begini,” komennya.

Pramugari Egypt Air Kongsi ‘Firasat’ Sebelum Ajal Di Facebook

Seorang netizen pula menulis: “Saya banyak kali mendengar bahawa seseorang akan mempunyai firasat sebelum meninggal dunia. Dia bagaikan dapat merasakan nasib yang akan menimpa.

“Semoga Allah merahmati arwah dan memberi ketenangan kepada keluarganya.”

Apa yang menyedihkan, Samar dilaporkan baru mendirikan rumah tangga 10 bulan lalu.

Pesawat EgyptAir MS804 yang membawa 66 penumpang dan anak kapal termasuk Samar, terhempas di Laut Mediterranean dalam perjalanan dari Paris, Perancis ke Kaherah, pagi Khamis minggu lalu.

Cebisan mayat, serpihan dan barangan peribadi penumpang dilaporkan terapung-apung di lautan yang menjadi lokasi kemalangan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.